KETIKA berada dalam keadaan marah atau tertekan, tubuh kita akan mengaktifkan respon stres daripada sistem saraf simpatik yang akan meningkatkan kadar kortisol. Situasi itu akan membuatkan kita lebih mudah terganggu, rasa marah, impulsif bahkan membuatkan kita makan dalam keadaan beremosi.ARTIKEL BERKAITAN: Teringin badan 'sado' sampai tak tinggal minum protein shake... ketahui bahayanya! Mungkin ramai daripada kita biasa menghadapi situasi yang mana ketika marah atau tertekan - makanan adalah 'penyelesaian' untuk membuatkan perasaan atau situasi jadi lebih baik. Kebiasaan itu mungkin membantu dari segi mental namun bukan amalan yang baik buat kesihatan anda. Penasihat gaya hidup, Luke Cautinho menjelaskan apabila kita makan ketika marah, tubuh kita tidak merancang untuk mencerna dan menyerap makanan. Beberapa hal ini mungkin berlaku pada tubuh kita sekiranya makan dalam keadaan marah dan tertekan. Masalah cirit birit, gastrik atau gangguan usus menanti anda yang makan dalam keadaan marah. 1. Komplikasi perut Tubuh kita memiliki dua sistem saraf iaitu sistem saraf simpatis dan parasimpatis. Kedua-duanya mempunyai fungsi berbeza. Ketika berada dalam keadaan marah, sistem saraf simpatis akan menajdi aktif dan akibatnya proses pencernaan terhenti. Itu boleh menyebabkan tekanan darah, gula dalam darah dan kadar kolestrol kita meningkat. Keadaan itu membuatkan tubuh kita sukar mencerna makanan dan menyerap nutrisi. Jika kita berada dalam keadaan tenang, sistem saraf parasimpatis akan bekerja. Kadar kortisol dan tekanan darah menurun selain tubuh kita mula menghadam dan menyerap makanan dengan mudah. Luke memberitahu, makan ketika marah dapat menyebabkan komplikasi seperti kembung, gastrik dan cirit-birit. Gejalanya boleh jadi buruk bagi individu yang memang mengalami masalah berkaitan perut. Makanan bukan penyelesaian ketika anda marah. 2. Makan berlebihan Apabila kita sedang marah atau tertekan, biasanya ia akan mendorong kita untuk makan dalam kuantiti lebih banyak. Usus dan otak berkomunikasi antara satu sama lain sepanjang waktu. Ketika kita marah, komunikasi itu akan terhalang. Otak tidak akan mendapat signal daripada usus ketika perut kita sudah kenyang. Jika kebiasaan ini berterusan, kita boleh terdedah kepada masalah di perkara (1) dan obesiti. 3. Menghalang tugas usus Paling penting dalam masalah ini adalah kita akan menghalang kerja usus termasuk menghalang bakteria daripada memasuki saluran darah. Hal itu boleh menyebabkan bakteria mudah masuk ke dalam saluran darah sehingga menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan lain seperti autoimun, cirit-birit dan radang usus besar. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!