suria

Lalat bukan suka-suka hinggap pada makanan! Air liur, najis antara yang ditinggalkan... kenapa?

Lalat cukup gemar hinggap pada makanan.

LALAT memang cukup sinonim sebagai serangga yang kotor dan pembawa penyakit. Masalahnya, lalat cukup gemar hinggap di atas makanan terutamanya yang terdedah.

Jika lalat suka kepada tempat yang kotor, jadi mengapa agaknya ia juga suka hinggap pada makanan?

ARTIKEL BERKAITAN: Kecil tapi power! Kacang pea bantu kurang risiko kanser, cegah diabetes... ambil setengah cawan pun dah OK!

Sebenarnya tindakannya itu adalah sebagai membuat tanda jajahannya agar lalat yang lain tahu makanan itu sudah ada 'pemilik'.



Lalat bukan sahaja hinggap pada makanan tetapi ia turut meninggalkan 'tanda'.

Tahukah anda, lalat tidak hanya hinggap tetapi ia turut memuntahkan air liur ke atas makanan sebagai salah satu cara membuatkan makanan itu cepat lembik dan berair.

Atas sebab itu, makanan yang terdedah dan dihinggapi lalat cukup mudah basi dan berair.

Ia sekali gus memudahkan haiwan itu untuk menikmati makanan yang sudah basi dan lembik kerana lalat tidak mempunyai gigi dan makan dengan cara menjilat cecair.

Lebih menggelikan, lalat juga akan membuang air besar ke atas makanan dan biasanya kita tidak akan dapat lihat najis dan air liur yang ditinggalkan dengan mata kasar.



Ada lalat yang bertelur pada makanan.

Jadi, adakah selamat untuk makan makanan yang telah disentuh lalat? Ingat, lalat tidak hanya hinggap pada makanan tetapi juga sampah, kotoran yang mungkin tidak dapat kita bayangkan.

Ada juga kemungkinan lalat telah menyentuh bakteria dan ia melekat pada kaki, sayap dan mulutnya.

Lalat juga cukup terkenal sebagai pembawa penyakit seperti antraks, konjungtivitis, demam tifoid dan sebagainya. Selain itu, beberapa jenis lalat turut boleh menyebarkan penyakit malaria dan demam kuning.

Atas sebab itu, sebaik-baiknya, jangan makan makanan yang sudah dihinggap lalat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain