suria

Bahaya tidur dalam kereta... tanpa bau atau rasa, keracunan karbon monoksida pembunuh senyap!

Tidur dalam kereta adalah tindakan merbahaya terutamanya jika enjin dihidupkan.

TRAGEDI tiga wanita maut manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal selepas mereka tertidur dalam kereta di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth pada Rabu lalu cukup menyayat hati.

Punca kematian tiga sahabat itu diakibatkan oleh keracunan karbon monoksida dan atas sebab itu juga kita tidak disarankan untuk tidur di dalam kereta dengan enjin yang tidak dimatikan.

Ini kerana tanpa kita sedari ada kemungkinan terdapat masalah mekanikal pada kereta yang boleh menyebabkan berlakunya kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika anda sedang tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis kisah 4 rakan baik... 3 maut akibat keracunan karbon monoksida, seorang kritikal

Tanpa di sedari, gas yang tidak mempunyai bau dan rasa ini akan masuk menerusi saluran pernafasan dan seterusnya ke saluran darah.

Gas beracun ini akan bercampur dengan hemoglobin (bahagian sel darah merah yang membawa oksigen), lalu membentuk membentuk carboxyhaemoglobin. Apabila ini berlaku, darah tidak lagi mampu membawa oksigen, dan kekurangan oksigen menyebabkan sel dan tisu badan gagal berfungsi dan menyebabkan kematian.



Tiga sahabat terkorban akibat keracunan karbon monoksida manakala seorang lagi sedang kritikal.

Menurut penjelasan daripada Facebook Public Health Malaysia, keracunan karbon monoksida tidak memerlukan kuantiti yang banyak.

Kadar yang rendah sudah cukup untuk membuatkan kita tidak sedarkan diri. Malah, karbon monoksida dari luar yang mengelilingi kereta juga bahaya. Kereta kita mungkin tidak kedap udara dan bahan ini boleh meresap masuk ke dalam kereta.

Keracunan karbon monoksida pembunuh senyap!

Sekiranya anda bercadang untuk tidur atau sekadar berehat di dalam kenderaan dengan enjin dan hawa dingin terpasang, fikirkan semula!

1. Keracunan karbon monoksia merupakan punca utama kematian akibat keracunan.

2. Gas beracun karbon monoksida terhasil dari pembakaran bahan bakar tanpa oksigen yang mencukupi.

3. Gas ini TIDAK mempunyai sebarang warna dan bau, oleh itu ia dikenali sebagai “pembunuh senyap”

4. Keracunan karbon monoksida adalah punca UTAMA kecederaan dan kematian akibat keracunan di seluruh dunia. Menurut Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat, seramai 50,000 pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun, dan 430 mati akibat keracunan karbon monoksida.

Karbon monoksida terbentuk hasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang mencukupi. Ianya boleh dihasilkan dari pembakaran dieasel/petrol kenderaan, penggunaan gas untuk alat pemanas dan semasa memasak.



Elak tidur di dalam kereta.

Apakah gejala keracunan CO?

Gejala awal bagi keracunan gas karbon monoksida yang paling biasa adalah sakit kepala, pening, kelemahan, perut, sakit muntah, sakit dada, dan kekeliruan.

Tetapi sekiranya gas ini dihidu semasa sedang tidur, anda tidak akan menyedari sebarang perubahan ini dan akhirnya menyebabkan kematian.

Tip pencegahan keracunan karbon monoksida.

1. Elakkan memanaskan enjin dengan asap ekzos dibebaskan di dalam kawasan rumah. Asap ekzos yang memenuhi ruang rumah mengandungi gas karbon monoksida dan boleh menyebabkan keracunan terutama kepada kanak kanak kecil.

2. Jangan tidur ataupun sekadar berehat sebentar di dalam kenderaan dengan enjin terpasang. Anda mungkin terlena dan tidak bangun selamanya.

3. Pastikan sistem ekzos anda di periksa dan di selenggara secara berkala. Ingat, kebocoran kecil boleh menyebabkan kematian.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain