suria

Cuaca panas tentu mudah terasa dahaga... ini 5 tip hindari dehidrasi ketika berpuasa

Jika tidak minum air yang cukup, seseorang boleh mengalami dehidrasi ketika berpuasa.

SEKITAR 60 peratus tubuh manusia mengandungi air dan ia memainkan fungsi penting sebagai pembawa zat, menyerap haba metabolisme tubuh serta menjaga aliran darah serta membuang sisa zat berlebihan dalam badan.

Seseorang yang berpuasa lebih berisiko untuk mengalami dehidrasi dengan beberapa gejala seperti mulut terasa kering, pening dan mual selain penghasilan air kencing yang sedikit dan berwarna gelap.

ARTIKEL BERKAITAN: Elak nasi berserta aneka lauk ketika sahur antara 5 tip kekal bertenaga sepanjang Ramadan

Jika keadaan itu berterusan, gejala dehidrasi boleh bertambah teruk seperti penghasilan peluh yang menurun, mata menjadi cengkung, kulit kering, berdebar-debar dan sebagainya.

Tidak hanya itu, dalam situasi lebih teruk seseorang boleh mengalami tekanan darah rendah yang boleh menyebabkan oksigen turut menurun.

Bagaimanapun, terdapat beberapa tip yang boleh dilakukan ketika bulan Ramadan bagi memastikan tubuh sentiasa terhindar daripada masalah dehidrasi dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

1. Memenuhi keperluan cecair

Meskipun berpuasa, pastikan tubuh mendapat air secukupnya iaitu lapan ke 12 gelas atau dua liter air sehari. Pastikan minum air secukupnya ketika bersahur serta ketika waktu berbuka puasa dan sebelum tidur.

2. Jauhi air manis

Minuman dengan kadar gula yang tinggi dapat menyebabkan rasa haus. Sebagai ganti, cuba bersahur atau berbuka puasa dengan infused water yang menggunakan pelbagai buah-buahan seperti limau, lemon yang dapat memberi rasa kepada air kosong.

3. Hindari minuman berkafein

Sepanjang Ramadan sebaik-baiknya cuba mengindari minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh atau cokelat. Minuman ini bersifat diuretik iaitu meningkatkan pengeluaran air kencing.

Ketika berpuasa, kesan diuretik ini tidak dapat diseimbangkan dengan pengambilan air dan boleh meningkatkan risiko berlakunya dehidrasi.

4. Banyak makan sayur, buah-buahan

Mungkin ada sesetengah individu agak sukar untuk minum air putih dalam jumlah yang banyak. Air juga boleh didapati daripada sayur-sayuran dan buah-buahan seperti tomato, timun, anggur dan sebagainya.

5. Bataskan pengambilan garam

Makanan yang tinggi kandungan garam boleh meningkatkan rasa haus, jadi kurangkan pengambilan makanan bergaram terutamanya ketika bersahur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain