suria

Memang ‘legend’ tapi ada bahayanya kepada kesihatan, jom semak cara sental kuali hitam dan berkerak

Kuali yang berkerak dan hitam boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

PASTI ramai daripada suri rumah mempunyai kuali atau periuk kegemaran setiap kali memasak meskipun keadaannya sudah berkerak dan hitam hingga ada menggelarnya sebagai 'kuali legend'.

Tapi tahukah anda, menggunakan peralatan yang sudah usang itu untuk memasak sebenarnya berbahaya?

ARTIKEL BERKAITAN: Baru nak makan dah basi? Ini cara pastikan ketupat tahan lama

Ahli kimia yang juga Pengasas dan Pentadbir Makmal Makanan (MaMa), Dr Fatimah Salim menjelaskan lapisan hitam itu sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan sebati tanpa disental atau dikikis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Lapisan ini jelas Dr Fatimah, berpotensi menyebabkan kanser kerana ia mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans.



Dr Fatimah Salim menjelaskan bahaya memasak menggunakan kuali yang berkerak dan hitam.

"Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.

"Maka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan. Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca," katanya.

Dr Fatimah turut berkongsi tip membersihkan lapisan karbon ini.

• Panaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan setengah cawan baking soda dan biarkan ia mendidih seketika. Matikan api dan kikis perlahan permukaan ini dengan menggunakan senduk bersesuaian. Tunggu sejuk dan sental.

• Boleh juga gantikan dengan bahan pencuci lain lain seperti sabun cuci baju. Setelah biarkan periuk mendidih selama 10-15 minit. Matikan api, alihkan dan tuangkan sabun cuci setengah cawan. Rendam sekitar 1 jam atau lebih lama bergantung kepada tahap kekotoran. Apabila kelihatan mudah dikikis, buangkan air sabun rendaman dan sental.



Terdapat pelbagai cara mudah untuk membersihkan kuali atau periuk yang kotor.

• Jika kesan hitamnya tidak teruk, boleh saja tuangkan baking soda tanpa pemanasan dan sental. Atau gantikan bahan berasaskan dengan bahan berasid seperti cuka makan, air asam jawa, asam keping. Namun baunya agak kuat jika dibandingkan baking soda.

Sementara itu, Dr Fatimah memberitahu, pemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu.

"Peralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Maka, boleh merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa," jelasnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain