suria

Mungkin ada yang tak tahu... ini sebabnya susu formula mahal!

Ada sebab mengapa susu formula bayi mahal harganya.

BAGI golongan yang belum berkahwin, pastinya jarang mengambil tahu mengenai harga barang keperluan bayi termasuk susu formula.

Itu juga yang terjadi kepada seorang pemuda yang terkejut dengan harga susu formula bayi selepas membantu kakaknya membelinya di pasar raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Memang ‘legend’ tapi ada bahayanya kepada kesihatan, jom semak cara sental kuali hitam dan berkerak

Menjelaskan mengenai perkara itu, pegawai perubatan, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan menjelaskan bahan gantian susu badan ini bukan sekadar susu lembu atau susu soya.

Sebaliknya ia diformulasi khas agar ia mirip kepada kandungan nutrisi potimum dalam susu badan dan atas sebab itu harganya lebih mahal.



Dr. Kamarul menjelaskan sebab harga susu formula mahal di Facebooknya.

Maksud susu formulasi

Dr. Kamarul menjelaskan susu haiwan dan susu soya mempunyai nisbah kandungan protein, lemak, karbohidrat, viramin dan mineral yang tidak sama dengan kandungan susu badan.

Nisbah ini katanya perlu diubah mirip susu badan bagi memastikan keperluan nutrisi bayi dapat dipenuhi selain mengelakkan nutrisi berlebihan serta mengoptimakan pencernaan dan penyerapan nutrisi oleh bayi.

"Proses nak ubah ini agak kompleks dan menggunakan peralatan yang canggih. Kemudian, perlu pula buat pempasteuran dan pensterilan memastikan keselamatan produk berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Pendek kata, susu formula ni rumit nak buat namun, kita kena tahu bahawa susu badan pun adalah komoditi yang sukar untuk dihasilkan. Ia bukan sesuatu yang mudah dan semua orang boleh lakukan. Ia perlukan banyak komitmen," katanya menerusi Facebook.

Ini jelasnya, seorang ibu yang ingin menghasilkan susu badan perlukan mengambil nutrisi yang cukup untuk menampung keperluan dirinya dan keperluan menghasilkan susu badan.

Kata Dr. Kamarul, seorang ibu perlu menjaga makan dan minumnya dengan baik selain mendapat rehat secukupnya termasuk menjaga emosi dan kesihatan minda.



Bayi memerlukan nutrisi berbeza untuk membesar.

"Keperluan bayi ni bukan benda mudah. Bayi kerap minum, terbelahak, kencing, kembung. Kadang-kadang tak tahu apa mahunya. Dia hanya menangis sahaja. Ini sedikit sebanyak akan mengganggu si ibu.

"Susu badan ini tak murah. Penghasilannya dibayar dengan pengorbanan besar seorang ibu. Dia hadapi letih, lenguh, mual, sakit, pedih, pening, dan kesengsaraan lain untuk hasilkan susu.

Dah sembilan bulan hadapi payah kehamilan, kena hadapi pula perih penyusuan. Memang tak mudah. Sebab itu tak semua ibu dapat hasilkan susu yang mencukupi, dan ia bukan salah mereka," jelasnya.

Sementara itu, Dr. Kamarul turut menitipkan pesan buat para suami termasuk menasihatkan golongan itu memikul beban membesarkan anak bersama-sama.

"Kita tak boleh hasilkan susu badan, tapi kita boleh sediakan makan minum yang terbaik buat isteri. Kita juga perlu bekalkan segala keperluan untuk isteri berasa selesa. Ringankan tulang dan sentiasa peka dengan emosi isteri. Ambil giliran jaga anak. Suami juga perlu berkorban," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain