suria

Tak ada masa ke gim atau bersenam? Amalkan 5 teknik pernafasan di rumah... selesai masalah perut buncit!

Teknik pernafasan yang dilakukan dengan betul boleh mengurangkan masalah perut buncit.

BERAT badan yang ideal, perut kempis seperti papan sebenarnya bukan sekadar mimpi. Anda boleh melakukannya dengan diet yang sihat, senaman dan rehat mencukupi.

Tetapi nampaknya ini tidak mencukupi untuk mengecilkan perut buncit yang selalunya tidak sedap dipandang, oleh itu apa kata lakukan senaman pernafasan bagi menangani masalah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Vape penyebab mati pucuk, kajian dedah kebenarannya!

Jika mempunyai masalah perut buncit, apa kata terapkan latihan pernafasan.

Berikut adalah lima teknik pernafasan untuk membantu menghilangkan perut buncit.

1. Pernafasan Tengkorak

Tidak melibatkan tengkorak, lakukan pernafasan ini sambil duduk bersila dengan postur lurus tetapi masih santai.

Tarik nafas dalam-dalam dan tahan otot perut anda kemudian, hembus perlahan dan perlahan.

Selepas itu, tarik nafas dalam-dalam lagi dan ulangi hembusan berulang kali dan perlahan-lahan bagi membantu menghilangkan toksin dalam badan.

2. Pernafasan Mulut

Buka mulut dan perlahan-lahan tarik nafas dalam-dalam. Hembus dari mulut anda perlahan-lahan sambil mengira dari satu hingga sepuluh.

Secara beransur-ansur, cuba ambil masa yang lebih lama apabila anda menghembus nafas berbanding semasa menarik nafas.

Menghembus nafas lebih lama akan mencetuskan metabolisme badan untuk bekerja lebih cepat.

3. Bernafas Berdengung

Anda boleh melakukan teknik ini dengan duduk bersila. Pastikan postur tidak terlalu membongkok dengan bahu santai.

Letakkan ibu jari pada telinga dan jari telunjuk di atas kening. Letakkan jari yang lain di atas kelopak mata.

Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung, hembus dengan mulut tertutup sambil menggumam dengan bunyi berdengung.

4. Pernafasan Perut

Dalam latihan ini, anda boleh melakukannya dengan duduk bersila atau berdiri.

Letakkan satu tangan di perut dan letakkan ibu jari anda berhampiran pusat. Tarik nafas dalam-dalam sambil membesarkan perut.

Pastikan udara diisi supaya perut buncit ke hadapan. Semasa melakukan ini, berhati-hati untuk tidak membiarkan dada naik ke atas, kerana dada yang terangkat akan menyebabkan anda melakukan pernafasan dada bukan perut.

5. Pernafasan Diafragma

Anda boleh melakukan teknik ini dalam posisi berbaring. Selepas berbaring, tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dan keluar melalui mulut.

Pastikan dada tidak bergerak, tarik nafas dalam-dalam dan rasa setiap nafas yang anda hembus.

Semasa menarik nafas, kembungkan perut anda ke kanan dan kiri.

Perut yang mengembang ke sisi adalah bukti bahawa diafragma anda berfungsi dalam teknik pernafasan ini.

Hembus nafas dari mulut anda, kemudian ulangi teknik pernafasan ini beberapa kali.

Walaupun lima teknik pernafasan ini boleh membantu mengatasi perut buncit, perhatikan diet dan gaya hidup anda.

Gunakan latihan pernafasan ini sebagai sokongan untuk mempercepatkan proses anda mendapat perut kempis, bukan menjadikan teknik ini satu-satunya cara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain