suria

Vape penyebab mati pucuk, kajian dedah kebenarannya!

Semakin ramai beralih menggunakan rokok elektronik.

SEJAK kebelakangan ini semakin banyak kajian yang menunjukkan kaitan antara penggunaan rokok elektronik atau vape dengan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.

Terbaharu sebuah kajian menunjukkan seorang lelaki sihat yang menghisap vape setiap hari berdepan risiko dua kali lebih besar mengalami masalah disfungsi ereksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video sumbat bawang putih pulihkan selesema, apa kata pakar?

Responden kajian ini merupakan pengguna vape yang aktif berusia di antara 20 hingga 65 ahun.

Penemuan ini berlaku kepada lelaki tanpa masalah kesihatan lain atau tidak mempunyai kebiasaan yang boleh menyebabkan masalah mati pucuk termasuk merokok.

"Analisis kami mengira tempoh merokok responden termasuk mereka yang tidak pernah mengamalkan tabiat merokok sejak awal.

"Ada kemungkinan menghisap rokok elektronik setiap hari dapat dikaitkan dengan kemungkinan mati pucuk lebih tinggi berbanding tempoh seseorang itu merokok," kata Dr Omar El Shahawy yang juga seorang penyelidik di New York University's Grossman School of Medicine.

6158617a4d694

Nikotin yang terdapat dalam rokok elektronik boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit.

Kesan nikotin terhadap masalah disfungsi ereksi

Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Precentative Medicine menganalisis data tentang penggunaan rokok elektronik yang digunakan oleh orang dewasa di Amerika Syarakat berusia 18 tahun ke atas.

Menerusi kajian itu kata Dr Omar, mereka mengasingkan individu dengan masalah kolesterol, diabetes, obesiti dan penyakit kardiovaskular yang juga merupakan antara sebab utama masalah mati pucuk.

Malah dalam kajian itu, mereka turut mengasingkan individu yang pernah merokok sebelum bertukar menggunakan rokok elektronik.

"Menerusi kajian itu dan pengasingan yang dibuat, kami tetapi menemui hubungan sangat kuat dan signifikan antara vaping dan mati pucuk.

"Bagi lelaki yang memiliki masalah kesihatan seperti jantung, diabetes, risikonya adalah tiga kali ganda untuk mengalami masalah itu," katanya.

Dr Omar menjelaskan dua alasan utama kesan rokok elektronik terhadap masalah mati pucuk adalah nikotin dan bahan kimia dalam rokok elektrik dapat mengurangkan kemampuan arteri untuk menjadi lebih besar dan melebar dan seterusnya menyebabkan disfungsi ereksi.

Ia dapat mengawal aliran darah ke organ reproduksi lelaki serta menyebabkan kanser dan banyak masalah kesihatan yang lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain