suria

Pokok merambong tarikan penyu datang bertelur? Mercure Penang Beach sokong inisiatif pemuliharaan alam sekitar

Penyertaan sukarelawan dan badan kerajaan dalam pembersihan pantai sekaligus menarik perhatian penyu bertelur di pokok merambong.

BARU-baru ini Mercure Penang Beach bersama-sama pihak berkuasa tempatan telah menganjurkan aktiviti pembersihan di pinggir pantai hotel berkenaan.

Inisiatif pemuliharaaan penyu dengan menanam pokok merambong untuk menarik spesies itu yang semakin jarang di temui ke darat dan bertelur.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan main air banjir... Ketahui 4 penyakit berjangkit yang mudah tersebar!

Mercure bersama-sama Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Rodziah Kassim dan Persatuan Nur Salam Wilayah Utara yang diketua oleh Nor Liza dalam usaha ke arah pelaksanaan pemuliharaan spesies penyu.

YB Zairil (center) together with (from left) Nor Liza, Rodziah, Lt Koman... (1)

Zairil Khir (tengah) bersama Nor Liza (paling kir), Rodziah dan Pegawai Wakil Tentera Laut Pulau Pinang, Leftenan Komander Muhammad Fadhil Samsuddin dan Navin Nishaal.

Program itu diadakan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dalam menghormati alam semula jadi demi menjaga alam sekitar.

Dengan penyertaan daripada Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Adun Tanjung Bungah, Zairil Khir Johari, beliau turut menyokong tindakan menanam pokok merambong dengan tujuan agar penyu mendarat di pantai itu dan bertelur.

"Saya gembira melihat usaha hebat ini susulan tempoh wabak yang mencabar, untuk menggalakkan ekonomi industri pelancongan yang lebih baik.

Volunteers helped gather rubbish and small debris along the shores. (1)

Penduduk tempatan membantu membersihkan kawasan pinggir pantai.

"Aktiviti ini membantu memastikan pantai kita bersih termasuk pemuliharaan alam sekitar yang suatu hari nanti akan mendapat kunjungan penyu," kata Zairil.

Kebiasaannya penyu akan bertelur di pokok merambong kerana ia menyediakan suhu yang sesuai. Secara saintifik ia dinamakan scaevola frutescens, iaitu sejenis tumbuhan yang boleh ditemui di sepanjang jalan pantai Malaysia.

Antara dua spesies penyu yang jarang ditemui adalah seperti Penyu Hijau dan Penyu Olive-Ridley yang dikatakan hanya bertelur di pokok merambong.

Mercure telah menjalankan sesi pembersihan pinggir pantai dengan penyertaan sukarelawan persatuan serta badan kerajaan termasuklah anggota Tentera Laut dari pangkalan TLDM berhampiran, pasukan majlis bandaraya dan pekerja hotel.

Volunteers cleaning up the beach area. (1)

Aktiviti pembersihan pantai dilakukan oleh sukarelawan.

Aktiviti itu diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

"Mercure berbesar hati menjadi sebahagian daripada inisiatif bermakna ini dalam usaha memelihara kebersihan dan keindahan kawasan pantai.

"Di samping itu berusaha menjadikan kawasan pantai sebagai lokasi menanam merambong untuk menggalakkan penyu mendarat dan bertelur," kata Pengurus resort itu, Navin Nishaal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain