suria

Hilang 11 kilogram dalam sebulan... Macam tak percaya, wanita ini sangka hidap penyakit kronik!

Roszaida Mohd Saad tidak putus ada untuk mengurangkan berat badannya.

KALAU sebelum ini penimbang berat badan dianggap sebagai 'musuh dan penipu', sebaliknya kini ia menjadi rutin harian untuk 'dipanjat'.

Ketidakselesaan dengan berat badah mencecah 66 kilogram membuatkan Roszaida Mohd Saad tidak putus ada untuk mengurangkannya kerana pelbagai faktor.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui dahulu 8 punca bawah mata anda semakin gelap sebelum fikir solusinya

Wanita berusia 35 tahun kelahiran Batu Berendam, Melaka ini mempunyai masalah berat badah 'degil' sekaligus membuatkan dirinya berasa tidak selesa dalam menjalani rutin harian menguruskan rumahtangga.

"Setiap kali saya melihat gambar selfie sendiri di handphone, memang rasa badan gemuk. Rasa cepat penat selepas melakukan kerja-kerja harian. Paling rasa geram apabila memakai uniform kerja yang agak sendat dan tidak selesa. Langsung saya rasa tidak 'fit'.

"Saya mengambil inisiatif untuk menurunkan berat badan demi memastikan kesihatan, dan lebih penting mahu kelihatan cantik di depan mata suami dan keluarga.

as

Wanita ini sering berasa kurang berkeyakinan dengan berat badannya.

"Suami saya seorang yang sangat positif. Dia tidak pernah menegur berat badan saya, cuma dia selalu berpesan supaya kekal sihat," jelas ibu kepada dua cahaya mata ini.

Tambah Roszaida atau lebih mesra dipanggil Aida, sebelum ini pelbagai usaha dibuat untuk menurunkan berat badannya.

"Percubaan untuk kawal makan tidak berjaya kerana saya suka makan. Jadi saya cuba mengambil beberapa produk diet atau kurus sebelum ini, namun 'hampeh' tidak berkesan dengan diri saya.

"Sehinggalah saya menemui BeauteTonic. Selepas buat 'kajian' sendiri, saya mencubanya dan Alhamdullilah saya rasa selesa kerana ia berasaskan buah-buahan. penghadaman saya lancar. Malah, nafsu makan saya sudah boleh kawal.

Setiap kali saya melihat gambar selfie sendiri, memang rasa badan gemuk.

ROSZAIDA MOHD SAAD

"Selama sebulan saya amalkan BeauteTonic ternyata perubahan besar berlaku dalam diri saya. Itu pun selepas rakan-rakan saya tegur badan dah susut. Mula-mula saya tak percaya dan ingat kurus disebabkan penyakit kronik. Tapi saya cari balik penimbang berat yang disimpan sebelum ini dan rupanya saya sudah hilang 11 kilogram.

"Selain itu, saya pastikan banyak minum air kosong dalam dua liter sehari kerana cepat berpeluh dan turut luangkan masa untuk senaman ringan seperti berjoging, sauna jika ada kelapangan.

"Dan paling utama sekali, niat kita kenapa ingin kurus. Bagi saya ia disebabkan keluarga saya untuk pastikan diri sendiri selalu sihat. Apa-apa pun saya berterima kasih kepada suami yang sentiasa menyokong niat saya demi keluarga," jelasnya.

vd

Kini wanita ini lebih yakin dan mampu melakukan aktiviti harian dengan lebih cergas.

Tambah Aida, selepas mendapat berat badan yang dikehendaki, dia mahu mengekalkan gaya hidup yang lebih sihat.

"Apabila badan makin fit dan sihat saya percaya rutin harian kita juga lancar. Fikiran kita juga sentiasa positif.

"Jadi kepada mereka yang mempunyai berat badan seperti saya sebelum ini, saya harap anda semua jangan rasa malu atau segan atau 'sakit hati' dengan teguran sinis orang lain.

"Jadikan ianya sebagai motivasi untuk berusaha dengan baik dan paling penting produk-produk yang kita ambil tidak memudaratkan diri sendiri.

"Bagi saya setakat ini BeauteTonic keluaran Meeracle yang terbaharu dan produk ini mengandungi ekstrak buah-buahan dan kandungan yang mampu mendapatkan berat badan yang ideal dan kulit yang lebih sihat," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain