PERUT kembung sering terjadi apabila seseorang lambat makan sehingga menyebabkan perut dikatakan 'masuk angin'. Tetapi sebenarnya, itu bukan sahaja alasan kepada masalah itu sebaliknya pengambilan makanan tertentu juga boleh menyebabkan perut berasa tidak selesa. ARTIKEL BERKAITAN: Badan berbau antara 5 kesan terlalu banyak makan daging merah Perut kembung biasanya disebabkan fermentasi makanan yang memerlukan waktu lebih lama untuk diproses. Sisa makanan itu pada akhirnya akan bertukar menjadi gas di dalam perut dan membuatkan bahagian itu berasa kembung dan berangin. Terdapat pelbagai makanan yang boleh memicu keadaan itu dan sebaik-baiknya menukar diet dan lebih selektif terhadap makanan yang diambil. Berikut adalah lima jenis makanan yang boleh menyebabkan masalah kembung perut seperti dikongsi pakar pemakanan Beth Czerwony kepada Cleveland Clinic. 1. Produk tenusu Susu boleh menyebabkan perut menjadi kembung bagi golongan yang tidak mampu menghadam laktosa yang menyebabkan masalah intoleransi laktoksa. Bagi mengelak perut kembung, ada baiknya hindari produk tenusu yang lain seperti mentega, keju, ais krim dan yogurt. 2. Sayuran cruciferous Sayuran cruciferous terdiri daripada brokoli, kobis dan bunga kobis dapat menyebabkan perut kembung. Jadi untuk mengatasinya masaklah dulu sayuran-sayuran tersebut agar lebih mudah dicerna di dalam perut. Jika tidak, cubalah untuk makan sayuran lain seperti bayam, zucchini, timun, dan asparagus. 3. Epal dan pir Gula atau fruktosa yang membuatkan buah-buahan berasa lebih enak tetapi sebenarnya sukar untuk dihadam dan menyebabkan perut menjadi kembung. Epal dan pir mengandungi serat yang sukar diproses jika kulitnya turut dimakan bersama. Untuk itu, sebaik-baiknya kupas kulitnya terlebih dahulu atau makan buah-buahan lain seperti pisang, beri, dan oren. 4. Pemanis tiruan Tubuh manusia sebenarnya dibekalkan dengan kemampuan untuk mencernakan makanan daripada sumber semula jadi. Bagaimanapun, apabila berkaitan makanan yang mengandungi pemanis tiruan, ia menyukarkan proses pencernaan dan menyebabkan perut menjadi kembung. 5. Makanan berlemak Makanan tinggi lemak yang telah digoreng memerlukan masa lebih panjang untuk dicerna dalam perut. Itulah sebabnya seseorang berasa kenyang lebih cepat apabila makan makanan berlemak. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI