suria

Sambut ulang tahun ke-65, Mydin lancar kempen tawar diskaun tak masuk akal mahu ringankan beban rakyat

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin di samping pelbagai produk dengan tawaran istimewa di Mydin Mall, USJ, Subang Jaya. Foto: Izzrafiq Alias

MYDIN Mohamed Holdings Berhad (Mydin) sememangnya cukup sinonim dengan harga yang rendah serta berpatutan.

Seiring dengan komitmennya mahu meringankan kos perbelanjaan rakyat, Mydin menawarkan barangan dengan harga promosi dan penjimatan berganda sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-65.

Kempen Mydin 65 Tahun 'Bersama Keluarga Malaysia' dan Kempen Beli Barangan Malaysia yang dilancarkan di Mydin Seremban 2, Negeri Sembilan akan bermula hari ini (18 Ogos) hingga 30 Oktober 2022, seiring dengan bulan kemerdekaan.

Menurut Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, kempen tersebut melibatkan semua cawangan Mydin dengan objektif utamanya membantu meringankan kos sara hidup masyarakat.

"Lebih menarik, terdapat pelbagai peraduan bersama rakan strategik kempen yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1 juta," ujarnya dalam sidang media pada Isnin.

mydin 1

Kad Keahlian Meriah berwajah baharu tampil dengan pelbagai tawaran dan rebat istimewa dengan rakan dagang serta diskaun hebat bagi ahli yang mendaftar.

Kempen ini mendapat kerjasama 84 jenama terdiri daripada rakan strategik dan pembekal Mydin, antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Kempen Beli Barangan Malaysia, MyDebit, Atome, PnG, Shopee, Boost dan banyak lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: OhMydin! Huru-Hara Pasar Raya kembali lagi, tetap raikan pelanggan setia... jom rebut hadiah hampir RM100,000!

Tambah Ameer, Mydin turut bekerjasama dengan KPDHEP bagi Kempen Beli Barangan Malaysia, bertujuan untuk menghidupkan kembali perniagaan tempatan khususnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

"Mydin juga memberi peluang kepada usahawan-usahawan baharu untuk memperkenalkan produk mereka dan memasuki pasarannya melalui peraduan Pitch to Win.

"Tiga pemenang bagi peraduan Pitch to Win bakal memenangi pakej pemasaran bernilai lebih RM100,000 serta berpeluang memasarkan produk mereka di seluruh cawangan Mydin.

"Mydin juga turut menganjurkan seminar keusahawanan oleh pakar-pakar industri perniagaan bagi memberi pendedahan kepada usahawan baharu dan bakal usahawan untuk menguruskan perniagaan dan memasarkan jenama mereka," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Mydin turut melancarkan laman sesawang mydin.my dan 'Kad Keahlian Meriah' berwajah baharu dengan pelbagai tawaran dan rebat istimewa dengan rakan dagang serta diskaun hebat bagi ahli yang mendaftar.

Ayuh ramai-ramai meriahkan Kempen Mydin 65 Tahun 'Bersama Keluarga Malaysia' dan Kempen Beli Barangan Malaysia yang bermula hari ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari laman sesawang Mydin Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain