suria

Suka tapi tak tahan pahit? Barista kongsi 5 petua alternatif maniskan kopi secara sihat, langsung tiada gula!

Terdapat beberapa alternatif sihat untuk menikmati secawan kopi yang manis tanpa perlu menambahkan gula.

KOPI sememangnya salah satu minuman popular di dunia.

Percaya atau tidak, ada individu yang tidak boleh jika tidak menghirup secawan kopi dalam sehari.

Namun setiap orang mempunyai cita rasa yang tersendiri dan menikmati kopi dengan cara yang berbeza.

Ada yang tidak tahan dengan rasa pahit kopi itu sendiri dan perlu mencampurkan sedikit gula sebelum menikmatinya.

kopi 2

Jenis biji kopi memainkan peranan untuk menghasilkan 'nota rasa'.

Seorang barista, Aiman Roslan berkongsi 'petua' khusus untuk peminat kopi yang ingin menikmati minuman tersebut tanpa perlu mencampurkan gula.

"Masa aku jadi barista, ramai customer yang kata tak boleh minum kopi tanpa gula. Katanya tak tahan pahit. Tapi kalau kopi tambah gula, akan naikkan kalori dan kurang sihat.

"Better cari alternative yang lebih sihat kan? Jadi, ini tip untuk maniskan kopi anda tanpa gula," tulisnya dalam satu perkongsian di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui 10 fakta unik tentang kopi, boleh jadi punca perceraian!

Berikut adalah tip yang dikongsikan oleh barista tersebut:

1. Jenis biji kopi

Jika belum terbiasa dengan pahit kopi, elakkan dari menggunakan biji kopi yang tinggi body dan nota rasanya 'earthy'. Sebaliknya, disarankan memilih beans single origin yang nota rasanya ada karakter manis, masam, fruity dan floral seperti Geisha Panama.

Elakkan daripada membeli dark roast atau Italian roast. Sudah pasti kopi itu pahit menyengat.

suhu air

Suhu yang paling sesuai untuk seduh (melarutkan) kopi ialah 90 selsius - 92 selsius.

2. Profil 'roasting'

Dari segi profil 'roasting', cuba cari yang light roast atau medium roast serta warna kopinya tidak terlalu hitam. Pemilihan aspek ini sedikit sebanyak mengurangkan pahit kopi walau dinikmati tanpa gula.

3. Suhu air

Suhu air yang paling sesuai untuk seduh (melarutkan) kopi ialah 90 selsius - 92 selsius. Pada suhu ini, anda dapat menikmati rasa kopi yang paling optimum dan sedap.

Jika suhu terlalu tinggi, rasa kopi akan menjadi lebih pahit dan kurang kompleks.

4. Madu asli

Sekiranya kopi anda agak pahit, tambahkan dengan satu hingga dua sudu madu asli. Namun, pastikan kopi masih panas. Kopi anda akan manis dan rasanya harmoni dengan madu.

636473550

Susu yang dipanaskan pada suhu sesuai akan mengeluarkan rasa manis tersendiri.

5. Susu panas

Satu perkara mengenai susu, apabila dipanaskan dengan suhu yang sesuai, ia akan mengeluarkan rasa manis susu yang tersendiri.

Oleh sebab itu, menu-menu espresso seperti latte, cappuccino dan lain-lain sangat sesuai digandingkan dengan susu panas.

Namun jika susu terlebih panas, ia akan menghasilkan rasa 'burn' yang kurang sedap.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain