suria

Ibu jangan stres! Ini 7 tip latih anak berak dan kencing sendiri di tandas... Jangan lupa simpan dulu semua karpet

Proses 'potty train' anak-anak memerlukan kesabaran dan komitmen daripada ibu. Gambar hiasan

KETIKA usia anak-anak mula menjangkau empat atau lima tahun, minda mereka sudah mampu menerima arahan daripada ibu bapa.

Waktu begini adalah sangat sesuai untuk perlahan-lahan mendidik mereka membuang air di tandas dan akhirnya tidak lagi menggunakan lampin pakai buang.

Namun proses mendidik si kecil membuang di tandas atau 'potty train' bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan konsistensi dan kesabaran yang tinggi.

Seorang ibu, Wan Elina Fatini berkongsi tip di Facebook bagaimana mahu memulakan 'potty train' untuk dijadikan panduan buat ibu bapa yang lain.

Berikut adalah tip yang dikongsikan Wan Elina:

1. Ibu kuatkan mental!

Ini perkara yang paling penting. Sebagaimana pengalamannya sendiri, si kecil cenderung untuk 'terkucil' dan terkadang si ibu hilang sabar hingga mahu marah.

Perlu banyakkan bersabar dan jangan putus asa

potty 3

Belikan si comel 'potty train' yang comel untuk menarik minatnya. Gambar hiasan.

2. Sentiasa berpesan kepada si kecil

Kerap kali ingatkan si kecil bahawa dia perlu ke tandas setiap kali mahu membuang air.

Usah jemu ingatkan biarpun setiap 10 minit sekali.

3. Belikan 'potty chair' comel

Untuk membiasakan si kecil, anda boleh mula dengan membelikan mereka 'potty chair'.

4. Simpan semua karpet

Ini memudahkan tugas ibu sewaktu memulakan proses 'potty train' kerana dikhuatiri si kecil 'terkucil' di atas karpet.

Sediakan juga alat mencuci lantai di satu tempat.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bukan tempat lepaskan marah... Ketahui cara tegur tanpa perlu tengking

5. Catat waktu

Disarankan menggantung whiteboard di mana-mana ruang seperti berhampiran tandas. Catat waktu si kecil membuang.

Daripada situ, ibu boleh menjangka masa seterusnya si kecil akan ke tandas.

6. Mulakan potty train ketika sudah bersedia dan free

Proses ini tidak menjadi masalah buat suri rumah. Namun bagi ibu yang bekerja, boleh cuba mulakan ketika hujung minggu atau waktu cuti kerana ia memerlukan fokus.

potty 2

Antara potty train yang dijual di pasaran. Foto: Shopee/ Carousell

7. Kejut anak waktu malam

Selain itu, alaskan cadar dengan pengalas atau kain sebagai persediaan sekiranya si kecil 'terkucil' tanpa sedar ketika tidur.

Pokok pangkalnya, kesabaran dan komitmen daripada si ibu adalah penentu kepada kejayaan proses ini.

Usah stres, lakukan dengan santai supaya anak-anak juga enjoy dan memberikan kerjasama. Selamat mencuba!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain