suria

Tip ‘grooming’ asas untuk lelaki dan perempuan... Tapi awas, ada 3 lubang tak boleh ‘sentuh’ selalu

SESETENGAH orang seringkali mengambil mudah mengenai penampilan sehingga kelihatan selekeh dan tidak menarik.

Malah, ada yang begitu mengambil ringan soal kebersihan diri dengan membiarkan kawasan celahan di badan tidak dicuci sebaiknya.

Kebersihan diri juga merangkumi kebersihan pakaian dan kekemasan.

Malah kebersihan makanan, minuman serta persekitaran anda juga adalah penting.

Berikut adalah antara perkara yang anda perlu dititik beratkan dalam penjagaan kebersihan diri.

Walaupun ia seperti rutin biasa lakukan setiap hari, adakah anda melakukannya dengan betul?

Berikut adalah 5 petua kebersihan peribadi perlu dilakukan:

1. Potong dan cukur

Sesetengah daripada kita suka menyimpan kuku panjang, namun percayalah ia tidak sihat dan boleh mendatangkan bahaya.

Bukan sahaja memotong kuku, menjaga kebersihan kawasan sulit juga adalah sama pentingnya.

Bercukur dengan kerap di bahagian bawah dapat membantu mengelakkan peluh dan gatal serta mengurangkan pembiakan kuman yang terkumpul di sana.

2. Gosok gigi dan mandi

Selalu menukar seluar dalam anda sahaja tidak mencukupi kerana anda perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Walaupun saranan doktor menasihatkan untuk memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, sesetengah daripada anda mungkin tidak melakukannya kerana terlalu sibuk bekerja.

3. Gunakan deodoran dan minyak wangi

Golongan lelaki kerap berpeluh walaupun berada di bawah persekitaran yang berhawa dingin, jadi menggunakan deodoran adalah penyelesaian.

Selain menggunakan deodoran, membasuh pakaian anda dengan kerap dan memakai minyak wangi merupakan langkah perlu diambil.

Bagaimanapun, menurut jurulatih kecergasan dan kesihatan, Boss_Ding, terdapat tiga bahagian di badan yang tidak perlu dicuci dengan kerap.

Menurutnya, sekiranya kerap dicuci sehingga terlalu bersih bahagian lubang ini, ia akan menimbulkan masalah.

1. Lubang hidung

Selalu mencuci bahagian ini boleh menyebabkan rogga hidung cedera.

2. Telinga

Selalu mencuci lubang telinga boleh menyebabkan infeksi.

3. Pusat perut

Elakkan daripada mencuci dengan kerap bagi mengelakkan daripada berlakunya kecederaan dan infeksi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain