BARU-BARU seorang pempengaruh (influencer) media sosial meluahkan rasa kurang senang terhadap orang sekeliling yang memandang serong terhadapnya ketika berada di sebuah kedai makan. Ujar wanita itu, dia kecewa apabila pengunjung lain di kedai berkenaan seolah-olah tidak memahami sikap anak kecil yang kebiasaannya suka membuat bising atau menangis secara tiba-tiba. "Saya tengah menunggu di dalam kereta sementara menunggu yang lain habis makan. Saya nak ulas sikit mengenai perkara ini. "Kalau anda pergi makan di kedai, ada anak kecil menangis, tolonglah tak perlu pandang serong. Kalau tak suka dengan suasana bising macam tu, boleh tak makan dekat rumah saja? Kanak-kanak menangis sehingga mencetuskan suasana bising di restoran sering undang rasa kurang senang ramai. -Gambar hiasan "Macam saya ni ada anak kecil. Biasalah budak kalau dah siap makan dan tak ada benda lain nak main, mereka akan bising. Anak saya menangis, sekali dia (pelanggan lain) pandang belakang," katanya menerusi video yang dikongsikan di TikTok. Malah wanita turut mencadangkan agar mereka yang tidak boleh bertoleransi dengan situasi bising serta ragam kanak-kanak supaya membungkus makanan dan menikmatinya di rumah. Perkongsiannya mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya meminta agar wanita ini mempertimbangkan semula luahan dan cadangannya. ARTIKEL BERKAITAN: Syok ‘berkampung’ di McD, siapa bising kena jeling! Pelanggan bengang geng pelajar study di restoran tapi mahu suasana sepi Bukan itu sahaja, sebaliknya orang ramai mengharapkan wanita itu supaya makan di rumah kerana dianggap tidak mampu menguruskan ragam anak-anak ketika berada di tempat awam. Masalah ini sebenarnya merupakan satu isu lama yang kerap kali menjadi topik perbahasan dalam kalangan netizen di media sosial. Pendidik dan penulis ilmu keibubapaan, Dr Taufiq Razif pernah berkongsi mengenai cara mendiamkan anak di kedai makan yang berkesan. Bercerita mengenai pengalaman sendiri, Taufiq menjelaskan bahawa anaknya sendiri suka menangis dan merengek di kedai makan. Keadaan menjadi bising sehingga mengganggu pelanggan lain. - Gambar hiasan "Kita punyalah nak enjoy makan tiba-tiba masa tu juga mereka nak menangis. Hinggalah saya acknowledge diri mereka. "Menangis dan merengek tu tak salah. Tu memang sifat semulajadi anak. Tu juga memang kerja mereka. Mak ayahlah kena cari jalan kreatif macam mana nak manage sifat tersebut," katanya. Menurut Taufiq, kebiasaannya ibu bapa akan menggunakan telefon pintar untuk mendiamkan anak-anak di meja makan. Namun kata Taufiq ia merupakan satu kesilapan kerana terdapat kaedah lain boleh dilakukan untuk mengelakkan anak membuat bising. "Rupa-rupanya perlu bawa buku dan mainan sahaja! Ni namanya misdirection. Taufiq menunjukkan foto seorang kanak-kanak duduk dalam keadaan diam sambil membaca buku di sebuah kedai makan. "Kita bawa fokus anak-anak daripada emosi dalaman kepada buku dan mainan di hadapan mereka. "Sejak saya tahu ilmu ni memang berubah terus perangai anak di meja makan," tulisnya dalam hantaran dibuat. Bagaimanapun katanya, budaya membawa buku dan mainan ke restoran merupakan satu perkara asing dan janggal untuk dilakukan di negara ini. Bagaimanapun, dia tetap meneruskan kaedah berkenaan bagi memulakan budaya ini dengan harapan lebih ramai ibu bapa akan mencontohinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube