suria

Jangan ambil ringan anak suka tidur lewat malam, doktor kongsi cara penyelesaian berdasarkan pengalaman sendiri

Kanak-kanak yang sukar tidur malam boleh menyebabkan perkembangan otak terganggu. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak memerlukan tidur yang mencukupi serta berkualiti untuk merangsang perkembangan dan kecerdasan otak.

Tidur yang mencukupi juga membantu memastikan tubuh bayi membesar dengan baik, selain meningkatkan kecergasannya.

Namun, ramai kanak-kanak pada zaman kini suka berjaga sehingga lewat malam.

Perkara itu dikongsikan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan apabila anaknya juga merupakan salah seorang yang kerap tidur lewat.

Kabanyakan ibu bapa berdepan masalah anak suka tidur lewat. - Gambar hiasan

Katanya, jika dipaksa tidur awal, anaknya mula berguling dan meragam.

Tidak mahu membiarkan perkara itu berlarutan, Dr Kamarul Ariffin mengubah rutin tidur anaknya.

Kaedah dilakukannya ini berhasil apabila anaknya berjaya tidur seawal pukul 9 malam.

Terdapat 10 cara bagaimana doktor ini mengubah rutin tidur anaknya

1. Galakkan anak untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal sepanjang hari

Cara ini akan membantu meletihkan dan memudahkan mereka untuk tidur pada malam hari.

2. Tetapkan waktu makan malam anak sekitar dua jam sebelum waktu tidur yang disasarkan

Elakkan makanan terlalu berat atau manis untuk makan malam.

Ibu bapa perlu memantau waktu tidur anak-anak. -Gambar hiasan

3.Tetapkan waktu tidur untuk anak

Hari sekolah atau hari cuti mereka perlu tidur pada waktu yang sama setiap malam.

4. Hadkan masa untuk skrin pada waktu malam

Berhenti gunakan peralatan elektronik sekurang-kurangnya satu jam sebelum waktu tidur. Perlu tegas.

5. Satu jam sebelum tidur, susun rutin melibatkan aktiviti yang tenang seperti, membaca, gosok gigi, berwuduk dan solat, dengar lagu santai dan berselawat.

6. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anak

Rumah digelapkan (suram), dan ibu bapa masuk ke dalam bilik tidur pada waktu tidur anak.

7. Pastikan persekitaran selesa dan sesuai untuk tidur

Ini termasuk perkara seperti mengekalkan bilik gelap/suram dan sunyi, dan memastikan suhu selesa.

Ambil masa berbual dengan anak sebelum mereka tidur.

8. Sebelum tidur, ambil masa berbual tentang sebarang kebimbangan atau ketakutan yang mungkin mereka ada.

Ini boleh membantu mereka untuk tenang.

9. Sebagai galakkan dan dorongan awal, ibu bapa boleh memberi pujian atau ganjaran yang sesuai kepada anak jika tidur awal. (pengukuhan positif)

10. Ibu bapa perlu tegas dan konsisten dalam memastikan rutin ini dipatuhi pada setiap hari.

Harus diingat, membentuk rutin baharu perlukan masa dan kesabaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain