suria

Orang perempuan kalau borak boleh tukar-tukar topik, siap ‘multitasking’ buat kerja... Beza sangat dengan lelaki

Golongan wanita mampu melakukan kerja yang banyak dalam satu masa. -Gambar hiasan

KITA sering mendengar bahawa wanita adalah individu yang berupaya melakukan banyak kerja dalam satu masa ataupun lebih dikenali sebagai multitasking.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berumah tangga serta berkerjaya.

Sebagai contoh, mereka boleh mengemas ruang tamu, mencuci pinggan mangkuk serta mengemas dapur dalam satu masa!

Kelebihan yang dimiliki golongan wanita ini cukup mengagumkan apabila otak mereka ligat berfikir untuk menyelesaikan urusan yang perlu diselesaikan.

Golongan lelaki hanya mampu memberi fokus terhadap satu kerja sehinggalah ia disiapkan. -Gambar hiasan

Namun berbeza pula bagi golongan lelaki apabila mereka hanya mampu memberi fokus terhadap satu kerja sahaja sehinggalah ia disiapkan.

Bagi menjelaskan keadaan ini, seorang doktor berkongsi punca yang menjadikan wanita mampu melakukan pelbagai kerja dalam satu masa.

Menurut Dr Ahmad Samhan Awang, ia disebabkan perbezaan corpus callosum pada otak lelaki dan perempuan.

Corpus callosum ialah tisu panjang penyambung otak kiri dan kanan.

Bahagian corpus callosum 20 peratus lebih tebal bagi golongan wanita.

Ketebalan bagi tisu corpus callosum golongan wanita lebih 20 peratus berbanding lelaki.

Malah, ketebalan tisu bagi golongan wanita menjadikan perhubungan pantas kedua-dua belah otak dan dapat berfikir secara menyeluruh.

Kata Dr Samhan, disebabkan perempuan mampu task-switching dan multitasking, semua tajuk dapat difikir dan bicara dalam satu masa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain