suria

Anak tak selera makan nasi tanpa kicap? Ibu bapa tolong jaga-jaga, manis tu! Pakar kongsi keburukan gula berlebihan

Makan makanan manis berlebihan boleh menyebabkan otak kanak-kanak mengecut.

PENGAMBILAN gula secara berlebihan dalam kehidupan seharian sememangnya tidak baik dan perlu dielakkan.

Bukan hanya kepada golongan dewasa, pengambilan gula dalam kalangan kanak-kanak juga perlu dikawal.

Sebagaimana dikongsikan Dr Mazliana Mazlan, pengambilan gula yang melampau boleh menyebabkan otak anak kecil ‘mengecut’.

Dalam makanan bayi, gula merupakan bahan ramuan nombor dua.

Tegas Dr Mazliana, tugas ibu bapa adalah untuk mendidik anak-anak tentang bahayanya gula dan cuba mengajak mereka untuk ‘jauhkan diri’ daripada gula seboleh mungkin.

Walaupun perkara itu sukar untuk diajar tetapi perlu dicuba kerana kesannya hanya akan dilihat kelak.

“Cuba bayangkan kita hari-hari bagi anak minum air manis waktu pagi sebelum ke sekolah. Mungkin kita fikir untuk beri tenaga, nak anak sihat dan kuat supaya dapat fokus belajar di sekolah.

Gula bahan pertama dalam biskut.

“Atau mungkin pilihan yang lebih sihat kita bagi susu tepung kaya DHA yang dibancuh dengan gula bagus untuk perkembangan otak.

“Sebenarnya kita tengah latih anak kita dari kecil, wajib minum air manis waktu pagi sebelum pergi sekolah. Mereka akan bawa sampai ke tua seperti kebanyakan kita sekarang yang tak boleh tinggal air manis waktu sarapan pagi,” katanya.

Antara makanan dan minuman bergula diambil kanak-kanak seawal bangun pagi yang boleh merosakkan sel otak seperti berikut:

1. Biskut

2. Roti.

3. Aiskrim

4. Jus buah

5. Jem

6. Bar coklat

7. Cereal.

8. Keropok

9. Pes pasta

10. Sos

11. Kicap

12. Sos tiram

13. Pes masakan

Menurut Dr Mazliana lagi, ia merupakan satu perkara sukar untuk kita elakkan sepenuhnya gula dalam kehidupan seharian.

Hal ini kerana gula tersembunyi terlalu banyak dalam makanan ultra proses.

Walaupun rasa makanan tersebut tidak begitu manis, tetapi kandungan gula tetap banyak.

Kicap pasaran sedap kerana tinggi kandungan gula.

Ujarnya, gula merupakan antara kandungan pertama dalam kebanyakan makanan ultra proses.

Tambah Dr Mazliana, dia menyarankan supaya kita berusaha mengelak daripada meminum air manis dengan menggantikan air putih terutama pada waktu pagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain