suria

Bukan hanya di muka, jerawat juga suka tumbuh di Miss V... wanita sila ambil tahu puncanya!

Sesetengah wanita mempunyai masalah jerawat pada bahagian faraj.-Gambar hiasan

TULAR satu foto di Twitter apabila seorang wanita menunjukkan bahagian kemaluannya ditumbuhi jerawat.

"Guys, maaf sangat. Ini jerawat atau bukan? Sakit sangat. Baru muncul dekat kemaluan.

"Minta pendapat untuk ubati penyakit ini. Terima kasih," tulisnya dalam ciapan tersebut.

Masalah yang dihadapi wanita ini mendapat perhatian ramai tetapi ciapan tersebut dipadam oleh pemilik asal.

Punca jerawat pada 'Miss V'

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Wawang Sukarya, jerawat ini terjadi kerana folikel rambut pada kemaluan tersumbat.

Biasanya, apa yang menjadi punca folikel tersumbat adalah peluh, lemak atau minyak serta sel-sel kulit mati.

Jerawat terhasil kerana folikel rambut pada kemaluan tersumbat.

"Secara teorinya, kawasan kemaluan mempunyai bulu. Maka jerawat boleh tumbuh walaupun jarang berlaku," katanya menerusi satu temubual.

Katanya lagi, bahagian kelamin merupakan kawasan sangat sensitif.

Justeru, setiap individu disarankan untuk lebih berhati-hati ketika cuba merawatnya.

Selain kurang menjaga kebersihan, penggunaan bahan kimia serta produk-produk seperti sabun wangi dan bedak boleh menjadi punca iritasi dan jangkitan.

Boleh mencetuskan keradangan

Kata Wawang, jerawat yang timbul di bahagian faraj boleh menyebabkan kesan radang, seperti sakit dan rasa panas.

Sekiranya keradangan itu meluas, ia boleh mengakibatkan kerosakan kulit.

Jerawat pada faraj boleh dihindari sekiranya dijaga dengan baik.

Apabila ditumbuhi jerawat di kawasan kemaluan, doktor mengesyorkan agar ia tidak disentuh atau diurut.

Ini bagi mengelak jangkitan membesar dan merebak lebih-lebih lagi apabila tangan kotor yang akan menyebabkan terkena bakteria.

Sekiranya ia mengganggu dan berlarutan, dapatkan nasihat dan rawatan pakar kulit. - KOMPAS.COM

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain