suria

Nasi lemak atau nasi briyani? Ini 5 makanan kegemaran anti obesiti yang ramai tak tahu

Nasi lemak dan nasi briyani merupakan menu popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

OBESITI merupakan satu masalah yang membimbangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Punca obesiti paling lazim berkait rapat dengan makan berlebih-lebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal.

Ia berlaku apabila anda mengambil kalori lebih daripada jumlah kalori yang dibakar melalui aktiviti seharian.

Namun tahukah anda bahawa terdapat makanan yang boleh membantu anda mengekalkan berat badan jika diambil dengan betul dan seimbang?

Konsultan Perubatan Estetik Penuaan Sihat dan Perubatan Regeneratif, Dr Norman Mohd Norawi berkongsi lima jenis makanan yang dianggap sebagai ‘anti obesiti’ kerana boleh mencegah berlakunya berat badan berlebihan.

LG_Nasi Lemak with Rendang Tok

Nasi lemak

Menu sarapan popular dalam kalangan rakyat Malaysia ini sering menjadi mangsa ‘fitnah’ apabila dikaitkan dengan punca masalah kesihatan kerana santan dikatakan mengandungi kolesterol tidak baik.

Diakui bahawa nasi mempunyai indek glisemik (GI) yang sangat tinggi dan apabila ia dimakan secara berlebihan akan memuncakkan paras glukosa darah dengan sangat cepat.

Ia juga akan meningkatkan paras insulin darah.

Namun nasi lemak merupakan pilihan yang lebih sihat apabila ia dimasak dengan santan!

Ya, santan mampu menurunkan ni GI yang ada dalam nasi.

Ia juga disifatkan sebagai makanan seimbang kerana ia dimakan dengan timun, telur, kacang serta protein seperti ayam atau daging.

Fried eggs in a white plate on dark background

Telur

Pilih sama ada mahu menikmati telur setengah masak, goreng atau rebus.

Walaupun ia mengandungi kolestrol tapi telur bukan punca sakit jantung.

Telur mengandungi sumber lemak dan protein sihat yang akan membantu menurunkan paras insulin darah serta mengekalkan berat badan.

Ia mengandungi semua asid amino esensial bagi tubuh manusia.

Telur juga dapat membantu mengawal tubuh menyerap kalori. Kandungan nutrisi di dalam telur adalah tinggi dan baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.

Ketam Masak Lemak Nenas - Ramadan buffet preview, themed

Masak lemak (santan)

Hidangan masak lemak cili api atau masak lemak putih memang cukup menyelerakan.

Ketahuilah bahawa santan adalah lemak sihat yang kaya dengan lemak tepu jenis Medium Chain Triglyceride (MCT) yang terdiri daripada asid lemak laurik dan asid lemak miristik.

Asid lemak laurik bersifat antikeradangan amat penting bagi mencegah masalah atherosclerosis (pengerasan saluran darah) yang menjadi punca kepada masalah penyakit kardiovaskular.

MCT juga adalah suatu sumber tenaga segera amat baik yang akan dicernakan oleh usus dengan cepat selain dapat membekalkan tenaga segera.

Ini akan menyebabkan paras insulin menjadi rendah, membantu menghilangkan masalah kebuncitan dan menurunkan berat badan kerana menyebabkan seseorang berasa kurang lapar.

Chef Ridzuan MalekRamadan review. at Paya Serai, Hilton PJ —SHAARI CHEMAT /The Star

Rendang

Tak kisah sama ada rendang daging, ayam atau itik.

Selain turut menggunakan santan, ia dimasak dengan rempah serta bawang dan halia yang mengandungi serat yang tinggi.

Serat adalah bagus bagi pertumbuhan bakteria baik dalam usus, ia membantu melancarkan sistem penghadaman dan memastikan pergerakan usus yang baik.

Lebih baik dan sedap apabila lemang dimakan dengan lemang!

Jangan risau kerana santan dalam lemang mampu menurunkan paras GI dalam pulut.

Nasi Briani Kambing at

Nasi briyani

Menu ini memang sedap! Tapi jangan risau kerana ia dimasak dengan minyak sapi.

Minyak juga berperanan untuk menurunkan GI dalam nasi.

Lebih seimbang apabila nasi briyani dimakan dengan kambing atau ayam sebagai sumber protein.

Untuk lebih sihat, makanlah nasi briyani dengan sayur-sayuran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain