MELENTUR buluh biarlah dari rebungnya. Membaca itu jambatan ilmu tetapi bagaimana jika si cilik dilihat kurang berminat dalam aktiviti ini? Jangan risau, ibu bapa boleh menggunakan tip ini untuk mengajak anak-anak menjadikan membaca sebagai hobi. Membaca bersama anak adalah sangat digalakkan. -Gambar hiasan Menerusi perkongsian di laman Facebook oleh seorang ibu yang prihatin, Azila Ghani, dia berkongsikan tujuh panduan untuk membantu memupuk anak rajin membaca. 1. Read 'aloud' Seawal anak usia 6 bulan ibu-ibu dah boleh bacakan buku cerita. Ini kerana kajian menunjukkan bayi yang dibesarkan dalam keadaan selalu dibacakan buku cerita seawal usia 6 bulan dan sering berkomunikasi akan memiliki penguasaan kosa kata yang lebih banyak. Beri masa dulu untuk anak pandai bercakap, pandai mendengar arahan sebelum ajar mereka membaca. Fokus perkembangan lain dulu ya wahai ibu di luar sana. Irama lagu boleh membuatkan sesi membaca menjadi seronok. -Gambar hiasan 2. Mendengar lagu Irama dan lagu ni sangat bagus untuk otak anak. Tambah pula bila mereka menari sekali. Untuk fonik saya dengarkan anak lagu 'Abu Ada Ayam'. Ini link video kalau ibu-ibu sekalian nak tengok: https://youtu.be/-FPD_b_Zuik . Kalau tidak mahu menggunakan fonik, menari dan berjoget menggunakan lagu ABC pun boleh. 3. Bermain dengan huruf Setiap huruf itu akan ada aktivitinya yang tersendiri. Contoh macam A untuk ayam. Kami guna kulit telur ayam untuk tampal pada kertas. Telur itu biar anak sendiri yang kupas. Saya suka kalau aktiviti dapat rangsang sekali motor halus, motor kasar, koordinasi mata tangan anak. Kemudian, boleh juga buat aktiviti tabur huruf, bunyikan atau sebut. Banyak aktiviti boleh cuba tau! 4. Gabung bunyi Kami guna fonik jadi sebut gabung bunyi. Kalau mengeja pun boleh. Part sini saya DIY muka Hello Kitty tu. Letak huruf satu-satu: /beh/ kawan dengan /aa/ jadi “ba”. Atau kalau mengeja ‘b’ kawan ‘a’ jadi “ba”. Mulakan dengan pembelajaran suku kata yang mudah bersama anak. -Gambar hiasan 5. Aktiviti suku kata Kalau anak dah boleh sebut gabungan dua huruf, banyakkan lagi aktiviti mereka. Contohnya bahagian anggota badan dengan suku kata terbuka, sebutkan satu-satu bersama anak dan minta anak tunjukkan di mana bahagian anggota badan itu. Da-hi (dahi) Pi-pi (pipi) Da-gu (dagu) Ka-ki (kaki) Ya, belajar dengan buku seronok tetapi budak-budak lagi suka jika membuat aktiviti. Saya pula style suka bawa keluar apa yang ada dalam buku tu. Pastikan suasana membaca dengan anak tidak tertekan dan mempunyai aura positif. -Gambar hiasan 6. Membaca di mana-mana Bila anak dah boleh membaca sikit-sikit, selalu ajak anak membaca bersama-sama. Contohnya ibu baca satu ayat dalam buku, kemudian bagi anak sambung ayat kedua. Fun kan? Tampal poster-poster bacaan yang anak mudah lihat. Membaca bukan hanya di buku ya. 7. Jangan wujudkan suasana yang stres, jangan guna kaedah 'drilling' Akhir sekali, ibu ayah jangan stres bila mengajar anak membaca sebab anak pun akan ikut stres dan membuatkan mereka tidak berminat untuk belajar membaca. Selalu peluk dan puji anak untuk menarik minat mereka. Lima hingga 15 minit sehari belajar membaca pun dah cukup. Selebihnya banyakkan bermain sambil belajar. - Azila Ghani Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube