RAMAI yang enggan bersenam ketika berpuasa kerana bimbang badan menjadi lemah dan tidak bertenaga walaupun daripada sudut perubatan, senaman tetap digalakkan untuk mengekalkan kesihatan. Sebenarnya rutin senaman penting dilakukan semasa berpuasa, khususnya bagi mereka yang sedang menjalani program penurunan berat badan. Bagaimanapun, intensiti dan kekerapannya mesti disesuaikan dengan keadaan badan. ARTIKEL BERKAITAN: Elak beri 5 makanan ini di bulan puasa jika anak hidap asma, nombor 4 ramai mak ayah terlepas pandang Sekiranya tidak boleh melakukan senaman yang berat, pergerakan ringan seperti berjalan (brisk walk) boleh dilakukan sambil menunggu waktu berbuka. Berikut adalah beberapa petua atau tip yang boleh dilakukan bagi mereka yang ingin bersenam ketika berpuasa. Pengambilan air yang mencukupi boleh membantu mengurangkan risiko mengalami dehidrasi. Foto: Freepik 1. Minum air secukupnya Minum air secukupnya pada waktu sahur dan berbuka. Menurut Sunny Salique, jurulatih peribadi dan duta Bio-Synergy, air minuman boleh membantu mengurangkan risiko mengalami dehidrasi pada siang hari terutamanya jika merancang untuk bersenam berat. Dehidrasi boleh meningkatkan risiko kecederaan, mengehadkan prestasi sukan, dan pemulihan yang perlahan dalam badan. Kekalkan pengambilan air sepanjang waktu berbuka sehingga subuh, dengan jumlah pengambilan sekurang-kurangnya dua liter air. 2. Bersukan walaupun hanya sekejap Tip untuk bersukan semasa puasa seterusnya adalah melakukan aktiviti fizikal walaupun hanya untuk masa yang singkat, sekurang-kurangnya 10 minit. Jika anda tidak mempunyai tenaga untuk bersenam selama 45 minit, pertimbangkan sebarang aktiviti ringan yang boleh anda lakukan. "Regangan, lakukan yoga, pergi berjalan-jalan, apa sahaja jenis pergerakan yang anda mahu lakukan, lakukan sahaja," kata jurulatih senaman, Nazia Khatun seperti yang dipetik daripada Independent. Ketika berpuasa, elakkan senaman berintensiti tinggi atau mengangkat beban yang terlalu berat. Foto: Freepik 3. Tidak perlu melebihi kemampuan diri Ketika berpuasa, lakukan beberapa sesi latihan dengan bilangan yang konsisten dan bertujuan untuk mengekalkan tahap senaman yang dilakukan. Satu set latihan yang mantap sudah memadai. Anda tidak perlu menetapkan matlamat atau rekod baharu kerana ini bermakna memaksa diri ke had kebolehan dan kekuatan anda. 4. Intensiti semasa bersenam Bukan sahaja bahagian senaman, intensiti senaman juga perlu disesuaikan dengan tahap tenaga yang dimiliki. Anda boleh mengurangkan beberapa jenis pergerakan dalam setiap set senaman yang dilakukan. Elakkan senaman berintensiti tinggi atau mengangkat beban yang terlalu berat. Kurangkan beban senaman dan pilih cara yang lebih selamat untuk merangsang otot. - Wolipop Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube