RAMADAN yang datang setahun sekali menyebabkan mereka yang terikat kepada rutin harus melakukan perubahan. Antaranya adalah mereka yang uzur dan perlu mengambil ubat-ubatan dalam jangka masa yang ditetapkan. Banyak persoalan yang timbul dalam kalangan mereka ini misalnya adakah pengambilan ubat atau prosedur perubatan itu boleh membatalkan puasa? Mereka yang bergantung kepada ubat-ubatan akan berada dalam delima setiap kali tibanya Ramadan. (Gambar hiasan, Freepik) Pelbagai versi hujahan yang ditimbulkan dari bermacam sumber menyebabkan keraguan dan kekaburan mengenai topik ini. Pengasas For Him Clinic, Dr Ahmad Samhan Awang ada berkongsikan senarai lengkap kategori prosedur perubatan dan pengambilan ubat-ubatan yang tidak dan boleh membatalkan puasa. Ayuh kita lihat satu-persatu dan fahami. Dr Ahmad Samhan Awang. 1. Ubat yang boleh membatalkan puasa: – Ubat biji atau pil yang harus dimakan – Ubat minum (cecair) yang harus ditelan – Pesari (ubat yang dimasukkan melalui vagina). – Ubat yang perlu dimasukkan mengikut dubur (supositori dan enema). Penggunaan ubat penitis mata tidak akan membatalkan puasa. (Gambar hiasan, Freepik) 2. Ubat yang tidak membatalkan puasa: – Ubat yang diletakkan di bawah lidah (dengan syarat: LETAK bawah lidah, BUKAN ditelan). – Ubat cucuk insulin. – Ubat titis mata, telinga dan cuci telinga (ear wash). – Ubat sapu seperti krim dan losen. – Ubat kumur (dengan syarat: kumur-kumur sahaja, BUKAN ditelan). – Ubat sembur hidung (dengan syarat: ia TAK disedut). – Ubat bius setempat atau separuh. – Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asma). Ubat-ubatan yang perlu ditelan akan membatalkan puasa. (Gambar hiasan, Freepik) 3. Prosedur yang tidak batalkan puasa – Haemodialisis atau peritoneal dialysis. – Mengambil darah untuk pemeriksaan. – Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing. – Injeksi (cucuk) melalui kulit, ke dalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), ke dalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat. – Menderma atau menerima darah. – Menerima oksigen atau gas untuk bius. – Menerima semua bahan yang diserap ke dalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya. – Memasukkan ovules ke dalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum ke dalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (contoh periksa jalan untuk bersalin). Prosedur menderma darah tidak akan membatalkan puasa. -Gambar hiasan – Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan. – Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention). – Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat ia tidak ditelan. – Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device). – Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan. – Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy). – Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari. – Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia). Melalui penjelasan ini diharap mereka yang berkaitan tidak lagi perlu ragu-ragu tentang ibadah puasa mereka dan kekal yakin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube