ANAK-anak yang sudah mula bersekolah rendah kebiasaannya sudah dilatih oleh ibu bapa untuk cuba berpuasa. Namun adakalanya, ibu bapa terlepas pandang tentang kepentingan pemakanan anak-anak khususnya jika si kecil menghidap asma. Sejak dari bulan puasalah ibu bapa perlu melatih dan mendisipilinkan pemakanan anak-anak, apatah lagi mereka cenderung untuk teringin dan meminta pelbagai juadah kegemaran masing-masing. ARTIKEL BERKAITAN: Anak meragam ketika batuk dan selesema? Doktor ini kongsi 6 tip atasi masalah kahak si kecil Ini bertujuan mengelakkan serangan asma apabila berkumpul beramai-ramai ketika tiba hari raya nanti. Sebagaimana perkongsian doktor perubatan, Dr Mazliana Mazlan, beliau menyarankan supaya ibu bapa mengelakkan anak-anak yang menghidap asma daripada lima makanan serta minuman ini: 1. Air manis, air berwarna atau air berperisa Sebaliknya, ibu bapa boleh menggantikan minuman ini dengan air kelapa tanpa gula, air baobab campur madu dan air dari jus buah-buahan. Gantikan air berwarna dengan air kelapa tanpa gula atau jus buah-buahan. Gambar hiasan 2. Roti dari gandum Ini adalah antara makanan yang kerap membuatkan anak batuk tanpa kita sedar. Elakkan makanan sampingan daripada roti, sebaliknya gantikan dengan buah-buahan. Ia jauh lebih baik dan berkhasiat! 3. Kuih-muih berwarna Elakkan memberi anak kuih muih khususnya dari tepung gandum, tinggi pewarna dan mengandungi perisa tiruan. Ibu bapa boleh menggantikannya dengan kuih tanpa gandum, tanpa perasa dan pewarna tiruan. 4. Makanan segera Makanan segera seperti burger, sosej, nuget dan kentang gorang mempunyai kandungan MSG dan pengawet yang boleh mencetus (trigger) anak asma. Apa kata gantikan dengan makanan yang sama tetapi dibuat sendiri. Elakkan memberi minuman 3 dalam 1 kepada anak pada waktu bersahur kononnya untuk membekalkan tenaga. Foto: Freepik 5. Air 3 in 1 Minuman 3 dalam 1 sememangnya mempunyai kandungan gula yang tinggi. Elakkan memberi minuman ini kepada anak pada waktu bersahur kononnya untuk membekalkan tenaga. Sebaliknya, boleh gantikan dengan air nabeez atau air coklat 'homemade' yang pastinya lebih sihat! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube