SETIAP kali tibanya bulan Ramadan, air tebu pasti menjadi antara minuman wajib yang dijual di bazar. Minuman ini enjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang unik, manis dan menyegarkan. Sedarkah kita sebenarnya minuman ini juga mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan tubuh badan. Selain daripada mengandungi gula semula jadi, kebaikan air tebu juga adalah minuman ini mempunyai Indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 43 berbanding gula biasa pada kadar 64. ARTIKEL BERKAITAN: Baru tahu kenapa harga kurma Ajwa mahal, rupa-rupanya banyak khasiat... Boleh tingkat kesuburan wanita Pakar Antioksidan MARDI, Dr Suri Roowi dalam perkongsiannya di laman Facebook menghuraikan kebaikan air tebu yang antaranya dikatakan boleh menghalang pertumbuhan sel kanser prostat dan payudara. Berikut adalah kebaikan air tebu sebagaimana perkongsian doktor ini: 1. Air tebu boleh memudahkan aliran kencing dengan cepat dan dapat bantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik. Jika ia diambil bersama jus limau kasturi, ia dapat membantu masalah demam kuning. Khasiat asid glycolic dalam air tebu boleh mencegah penuaan. Foto: Freepik 2. Mencegah jerawat, mencegah penuaan, mengurangkan parut dan membantu mengelakkan kulit daripada kering. Ini kerana terdapat bahan khasiat asid glycolic dalam air tebu. 3. Menguatkan tulang. Ini kerana air tebu juga kaya dengan kalsium dan fosforus. 4. Membantu meningkatkan tahap hemoglobin (sel darah merah). Ini kerana air tebu tinggi kandungan zat besi dan folat (folate). Kehadiran folat dalam air tebu juga dapat menghalang kecacatan pada bayi dalam kandungan. 5. Membantu badan untuk melawan kanser. Kehadiran bahan antikanser seperti flavonoid membantu badan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser terutamanya kanser prostat dan payudara. Kepekatan tinggi kalsium, magnesium, potassium, zat besi dan mangan menjadikan air tebu bersifat alkali. Salah satu kebaikan air tebu adalah ia dapat membantu mengatasi gerd. Foto: Freepik 6. Membantu mengatasi gerd. Satu kajian telah dilakukan di Australia melibatkan 43 orang menunjukkan air tebu yang dibuat dari serbuk tebu (tanpa hampas dan telah ditapis) bantu atasi masalah gerd. Kajian ini diterbitkan dalam Journal Nutrients pada tahun 2020. Walaubagaimanapun, pastikan air tebu disediakan dalam keadaan bersih sebelum minum. Semoga bermanfaat! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube