suria

Risau masalah mental ‘berjangkit’ kepada anak? Ibu bapa boleh ikut 5 panduan ini, elak diwarisi

Ibu bapa boleh mengelakkan masalah kesihatan mental mereka daripada diwarisi. -Gambar hiasan The Star

PENYAKIT mental melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku hingga mengakibatkan penghidapnya sukar menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya penyakit mental adalah genetik atau keturunan selain sejarah hidup yang getir.

Pun begitu, terdapat beberapa tip yang boleh dilakukan supaya masalah kesihatan mental tidak diwarisi kepada anak-anak.

Menurut Pensyarah di Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip masalah kesihatan mental diwarisi apabila pesakit melepaskan emosinya kepada anak-anak.

"Bagaimana ibu bapa yang ada masalah kesihatan mental boleh mewariskannya kepada ahli keluarga adalah, apabila mereka suka melepaskan emosi kepada anak-anak.

Prof Dr Mohammad Aziz Shah berkongsi panduan supaya masalah kesihatan mental tidak diwarisi.

Prof Dr Mohammad Aziz Shah.

"Suka bercerita kepada anak kisah-kisah ketakutan, keadaan masalah yang teruk... ia kemudian berpindah kepada anak dari segi memori," jelasnya.

Tambahnya, anak perlu menjalani kehidupan yang gembira dan ibu bapa perlu mengatasinya daripada diwarisi dengan melakukan beberapa kaedah ini:

1. Elak tunjuk emosi yang dialami kepada anak

Ibu bapa yang ada anxiety depression ketika duduk bersama dengan anak, perlu segera mengelakkan diri seperti masuk ke bilik.

Pada masa sama melakukan terapi dan menenangkan diri dengan mendengar lagu mahupun membuat kawalan pernafasan.

Apabila sudah pulih, barulah keluar bilik dan berjumpa anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Elak 6 tabiat ini termasuk main sabun kalau nak ‘adik’ kekal sihat! Anda anggap biasa, sebenarnya bahaya

2. Isi masa berkualiti bersama dengan memori indah

Paling penting adalah ibu bapa tidak melepaskan emosi yang dialami kepada anak-anak sehingga menakut-nakutkan mereka.

3. Tenangkan diri dengan sebaiknya

Mereka yang menghidap masalah kesihatan mental ini bukanlah mengalaminya atau terganggu dengan emosi sepanjang masa.

Ia sebaliknya terjadi ketika ada trigger tertentu sahaja dan semasa mengalaminya, mereka perlulah mencari ketenangan supaya tidak mempengaruhi orang lain.

Ibu bapa yang mengalami masalah kesihatan mental perlu menenangkan diri sebelum bersama anak-anak. -Gambar hiasan The Star/Yap Chee Hong

Individu yang yang mengalami masalah kesihatan mental perlu menenangkan diri sebelum bertemu orang sekeliling. -Gambar hiasan The Star/Yap Chee Hong

4. Jelaskan kepada anak tentang masalah yang dialami

Apabila anak sudah besar, dia boleh faham dan kita boleh ceritakan masalah kesihatan mental yang dialami.

Pun begitu, ibu bapa tidak disarankan untuk menceritakan kejadian yang teruk sehingga boleh mengganggu emosi anak.

5. Wujudkan masa berkualiti dengan anak

Anak yang sudah memahami masalah yang dialami ibu dan bapanya cenderung untuk berasa empati dan seterusnya membantu orang lain tanpa mengalami masalah yang sama.

Bagi anda yang menghidap masalah ini, pastikan ia dibawa dalam diri sendiri dan dirawat sehingga sihat tanpa diwariskan kepada ahli keluarga yang disayangi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain