BAK kata orang, biar bersedia awal, supaya tak kalut. Bagi ibu-ibu yang sedang berbadan dua, pasti anda sudah mula membeli barangan keperluan bayi ketika usia kandungan berada di trimester pertama secara beransur-ansur. Ada juga yang mula membeli ketika usia kandungan sudah melepasi trimester kedua. Apabila waktu yang sesuai untuk beli-belah, terpulang kepada bakal ibu asalkan tidak terlalu lewat sehingga kandungan sudah sarat pula. ARTIKEL BERKAITAN: Nak badan slim kena berpantang? Ibu moden pilih ikut nasihat doktor, tak logik berkurung 44 hari, ‘puasa suami’... laksa tak boleh makan setahun ARTIKEL BERKAITAN: Berpantang... perlu atau tidak? 6 mitos paling popular bagi ibu selepas bersalin Pada ketika fasa 'menunggu masa' untuk menyambut kelahiran, bakal ibu seharusnya sudah bersedia menyiapkan beg untuk dibawa ke hospital supaya tidak kelam-kabut. Untuk memudahkan urusan para bakal ibu, di sini kami kongsikan checklist barangan yang perlu dibawa ke hospital nanti sebagaimana perkongsian Facebook, Nuyucama Babystore. Antara barangan penting ibu untuk dibawa ke hospital. -Gambar FB Nuyucama Babystore 1) Barangan Ibu - Buku pink - Kad Pengenalan - Telefon Bimbit - Tuala wanita (maternity pad) - Tuala mandi - Kain batik - Baju berbutang untuk memudahkan menyusu bayi - Baju sejuk - Stoking - Selipar - Tudung sarung - Seluar dalam dan baju dalam - Barangan toiletries - Minyak panas Lebih mudah sekiranya pakaian bayi disediakan mengikut hari. -Gambar FB Nuyucama Babystore 2) Barangan bayi - Baju berbutang seeloknya tiga helai - Mitten dan booties - Kain lampin - Selimut kecil - Barut - Diapers empat keping - Tisu basah (wet wipes) - Tuala kecil - Barangan mandi - Minyak telon Harus diingat ya... barangan untuk dibawa ke hospital tidak sama seperti balik kampung. Bawa keperluan asas dan perkara penting sahaja. Andai kata tidak cukup, boleh minta suami atau ahli keluarga yang datang melawat untuk bawakan kemudian. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube