suria

Ada cara mudah masak lala, tak perlu kopek satu persatu! Isi tercabut dari kulit dalam masa 2 minit

Lala direbus dalam air menggelegak untuk mengasingkan isinya daripada kulit.

SEDAPNYA makan lala tumis ataupun masak sambal!

Namun resipi seringkas lala yang direbus bersama serai ketuk juga sudah bikin kita tambah nasi sehingga dua tiga kali.

Memang enak menikmati hidangan laut yang satu ini, tapi yang lecehnya bab mengasingkan kulit dengan isinya.

Boleh jadi terlewat makan nasi sebab perlu mengopek isi lala yang halus itu satu persatu

ARTIKEL BERKAITAN: Makanan laut hilang segar, rasa tak sedap? Ini petua sejuk beku ‘seafood’, boleh tahan sampai 2 minggu!

ARTIKEL BERKAITAN: Macam-macam cara dah cuba, sayur dalam peti sejuk cepat rosak! Nasib baik jumpa petua mudah, ikut nasihat suri rumah

Sekarang tidak perlu lagi bersusah payah mengasingkan isi lala daripada kulitnya kerana ada petua yang memudahkan kerja kita sebagaimana perkongsian pengguna TikTok, Zety Majid.

Berikut adalah tip yang dikongsikan olehnya, mudah je!

1) Basuh lala dengan bersih terlebih dahulu

2) Rebus air dalam periuk atau kuali sehingga menggelegak

lala 2

Masukkan lala sedikit dahulu ke dalam air menggelegak, sebelum mengulangi proses sama jika kuantiti lala agak banyak.

3) Masukkan lala ke dalam air menggelegak tadi. Namun jangan masukkan semua sekali, sebaliknya masukkan sekitar satu sebekas kecil terlebih dahulu

4) Biarkan seketika sekitar dua minit dan kacau

5) Isi lala yang lekang daripada kulitnya akan timbul di permukaan

6) Ambil atau kaut isi lala dengan menggunakan penapis

7) Ulang langkah yang sama untuk lala yang belum diambil isinya.

lala 1

Isi lala boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Anda boleh masukkan isi lala ke dalam bekas yang bertutup dan simpan di dalam peti ais di bahagian sejuk beku.

Hanya keluarkan sahaja isi lala jika mahu memasak menu seperti sambal dan sebagainya.

Memang mudah dan sangat menjimatkan masa, bukan?

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain