suria

Awas, semakin ramai golongan muda hidap demensia! Jangan ambil ringan jika ada 8 gejala ini

Demensia boleh menyerang orang muda seawal usia 30 tahun. -Gambar hiasan

DEMENSIA atau lebih dikenali sebagai penyakit nyanyuk sering dianggap sebagai penyakit yang hanya menyerang orang tua.

Namun tahukah anda, demensia sebenarnya boleh 'menyerang' orang muda seawal usia 30 tahun?

Memetik portal Mirror, lebih daripada 70,000 orang di United Kingdom menghidap demensia di antara umur 30 dan 65 tahun.

Gejala awal demensia sering tidak disedari disebabkan kepercayaan yang mengaitkannya dengan usia tua.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini 5 nutrien baik untuk kesihatan otak! Mampu elak demensia, masalah cepat lupa jika ambil secukupnya

Ia selalunya dikaitkan dengan punca seperti kemurungan, tekanan, menopaus, masalah kesihatan fizikal lain atau masalah perhubungan.

Pakar di UK berkata adalah penting bagi mereka yang mengalami demensia permulaan ketika muda untuk mendapatkan diagnosis yang tepat secepat mungkin, kerana kelewatan berbuat demikian menyebabkan pesakit tidak mendapat sokongan yang diperlukan.

1

Kurang konsentrasi adalah salah satu gejala demensia yang perlu diberi perhatian. -Gambar hiasan

Simptom pertama demensia terhadap orang muda selalunya bukan kehilangan ingatan, tetapi perubahan dalam keperibadian seseorang, kebolehan mental atau fizikal serta mood.

Berikut adalah beberapa gejala utama yang perlu diberi perhatian:

1) Perubahan tingkah laku dan personaliti

2) Masalah bahasa seperti aphasia, iaitu tidak dapat mencari perkataan yang sesuai

3) Kemerosotan dalam fungsi sosial, contohnya menjadi kurang bersedia untuk bersosial atau mengekalkan perhubungan

4) Kelam kabut atau masalah dengan keseimbangan

5) Perubahan mood contohnya kemurungan atau kebimbangan melampau (anxiety)

6) Kurang konsentrasi

7) Sukar buat keputusan atau menyelesaikan masalah

8) Masalah dengan penglihatan dan kesedaran spatial, contohnya kesukaran menilai jarak atau isipadu

2

Berolahraga atau menjalani gaya hidup aktif dan sihat dapat mencegah demensia pada usia muda. -Gambar hiasan

Pendek kata, seiring dengan pertambahan usia, seseorang terdedah dengan risiko untuk menghidap demensia.

Namun begitu, terdapat beberapa langkah yang dapat mencegah demensia pada usia muda sebagaimana perkongsian portal Halodoc:

1) Olahraga atau menjalani gaya hidup sihat

2) Meningkatkan penyerapan Vitamin D seperti berjemur atau pengambilan suplemen

3) Biarkan otak selalu aktif, contohnya selalu membaca atau mempelajari sesuatu perkara baharu

4) Rehat yang secukupnya, terutama memastikan waktu tidur mencukupi sekitar 6 jam hingga 8 jam

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain