suria

Pernah minum susu campur halia? Tak sangka kombo terbaik untuk buang angin dalam badan

Susu panas yang dicampur dengan halia boleh membantu membuang angin dalam badan.

ANGIN dalam badan merupakan situasi biasa yang boleh menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan di perut serta abdomen.

Jika keadaan ini berlarutan, sudah tentu ia boleh menganggu aktiviti harian serta memberi tekanan kepada tuan badan.

Di Facebook, Leha Yusof atau Kak Ya berkongsi petua yang diamalkannya untuk membuang angin dalam badan dengan menggunakan dua bahan sahaja.

"Ini petua paling ringkas kalau anda nak buang angin dalam badan. Alhamdulillah ramai yang serasi. Kak Ya pula memang tak boleh salah makan sikit.

"Mulalah badan ni tak selesa. Angin tersekat-sekat dan rasa sakit je badan. Kak Ya jumpa petua yang paling mudah untuk buang angin dalam badan. Minum susu dengan halia. Lega sangat rasanya," ujar wanita itu.

Zacharie Scheurer/dpa

Anda boleh menggunakan susu kotak atau susu tepung untuk petua ini. -Gambar hiasan Zacharie Scheurer/dpa

Bahan-bahan

1. Susu kotak (mana-mana jenama) atau boleh juga guna susu tepung.

2. Halia (Sebesar ibu jari) lebih kurang 3-4cm

halia mengikut ketahanan tekak.

Cara penyediaan

1. Hiris halia nipis-nipis, reneh dengan susu hingga mendidih (api perlahan) dan ia sedia untuk diminum.

2. Seelok-eloknya minum ketika susu masih suam, kesannya akan dapat dirasai serta merta.

3. Minum bila-bila masa sahaja jika perlu, atau dua hingga tiga kali seminggu.

4. Petua simple je tapi kesannya sangat best, lega rasa badan dan angin keluar menderu terus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain