suria

Lega petua ibu mampu atasi masalah tompok warna, dah tak perlu risau pakai baju putih... Ramai akui berkesan

Teknik merebus dikatakan mampu menanggalkan kesan luntur pada pakaian putih.

MENGGAYAKAN baju yang berwarna putih memang banyak risikonya.

Lihat sahaja anak-anak kita di sekolah, tak sah kalau tak balik dengan pakaian yang kotor.

Di Facebook, seorang individu dikenali sebagai Teratai Putih berkongsi testimoni selepas dia mencuci baju putih yang bertompok akibat warna pada pakaian lain luntur, menggunakan petua ibunya.

"Alhamdulillah, syukur dapat petua daripada mak untuk hilangkan luntur (turun warna) pada pakaian. Punyalah susah hati tengok pakaian kena luntur.

"Nasib baik mak ajarkan petua ni, dan ia valid untuk semua warna pakaian," ujarnya.

Menurut wanta itu, ibunya memberitahu kaedah cucian itu hanya menggunakan tiga bahan sahaja.

petua32

Kaedah ini sangat senang untuk dibuat di rumah masing-masing.

Apa yang diperlukan hanyalah periuk yang bersih, sabun cuci serta air secukupnya.

Cara-cara

1. Isi air dalam periuk secukupnya.

2. Kemudian masukan sesudu sabun, (jangan lebih kerana buih akan melimpah ketika air mendidih).

3. Masukan pakaian yang terkena luntur dan didihkan.

4. Gaulkan pakaian ketika air dah mendidih agar air panas terkena pada semua bahagian pakaian.

5. Ini akan memudahkan warna terlerai daripada pakaian.

6. Gaul dalam lima minit, atau sehingga kita pasti warna luntur tu dah hilang.

7. Kemudian angkat dan basuhlah sebersihnya pakaian tadi dan boleh terus keringkan.

Kaedah cucian ini sememangnya berhasil, malah ramai netizen yang lain pernah berkonsi tentang keberkesanannya sebelum ini.

Jadi apa tunggu lagi, anda pun boleh cuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia