suria

Kreatif! Wanita ajar ibu-ibu buat ‘rice pizza’, selesai masalah anak tak suka makan nasi dan sayur

Ibu-ibu boleh cuba buat pizza rice untuk anak yang tidak suka makan nasi atau sayur. -Gambar TikTok Mamysophea

SETIAP kali menyediakan makanan, kaum ibu harus menggunakan bahan berkhasiat yang sesuai untuk tumbesaran anak-anak mereka.

Apa yang menjadi masalah, sesetengah kanak-kanak bukan sahaja menolak sayur, malah mereka juga lebih gemar makan makanan ringan berbanding nasi.

Seorang wanita dikenali sebagai Mamysophea tampil berkongsi resipi mudah menghasilkan rice pizza (piza nasi) untuk anak-anak yang susah untuk makan makanan sihat.

"Rice pizza untuk bayi lapan bulan ke atas. Menu yang sangat sesuai bagi anak yang reject nasi. Ibu-ibu tak perlu risau lagi.

"Untuk bayi tujuh bulan pun boleh guna resipi ini, cuma tak perlu letak telur. Bayi yang belum tumbuh gigi pun boleh makan. Gusi bayi dah kuat untuk kunyah makanan bertekstur ini," ujarnya di TikTok.

Bahan-bahan:

1. Nasi

2. Telur

3. Lobak merah

4. Sawi

5. Isi ayam

6. Bawang

7. Serbuk ayam

menu2

Menu ringkas ini sangat mudah untuk disediakan. -Gambar TikTok Mamysophea

Cara penyediaan:

1. Ambil mangkuk dan masukkan nasi yang telah dilenyek.

2. Kemudian pecahkan sebiji telur dan masukkan sawi yang dihiris halus.

3. Masukkan juga lobak merah yang dihiris halus, bawang dan isi ayam yang dicincang, kemudian gaulkan hingga mesra.

4. Kemudian, masukkan serbuk ayam dan gaul hingga sebati kesemua bahan itu.

5. Selepas minyak dipanaskan, tuangkan bahan tadi ke dalam kuali.

6. Ratakan ia seperti telur goreng.

7. Balikkan juga sehingga ia masak di kedua-dua permukaan.

8. Selepas siap, potong mengikut kesesuaian ala-ala kepingan pizza mini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain