suria

Hampir 20 tahun di luar negara, doktor kongsi 4 perkara mat salih suka buat tapi ‘tak cerdik’... Jangan tiru!

Dr Onn Akbar Ali berkongsi empat perkara tidak bijak yang sering dilakukan oleh mereka di negara barat.

SEGELINTIR orang kita gemar meniru gaya hidup mat salih yang dianggap jauh lebih maju dan bijak berbanding penduduk negara-negara Asia.

Di TikTok, pakar jantung di Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr Onn Akbar Ali meraih perhatian ramai selepas berkongsi empat perkara negatif yang sering dilakukan oleh mat salih.

"Empat perkara yang mat salih suka buat tapi sebenarnya tak cerdik, yang kita tak sepatutnya ikut.

"Korang ingat ya, mat salih tak semestinya cerdik. Aku duduk dengan mereka dekat 20 tahun, aku tahu," ujarnya menerusi video yang meraih 2.2 juta tontonan.

file7oexhpaiw6qq882cjt0

Telur merupakan sumber makanan yang baik untuk tubuh manusia. -Gambar hiasan

1. Tak makan telur

Perkara pertama yang mat salih suka buat adalah tak makan telur atau takut nak makan telur. Ada juga orang buang telur kuning, makan telur putih je. Membazir. Kononnya telur kuning tu banyak kolestrol, banyak fat, tak elok untuk kesihatan. Itu perangai membazir. Orang kita bangsa Malaysia tak perlu ikut. Telur baik untuk kesihatan. Ada banyak protein, ada banyak lemak yang berkhasiat dan banyak vitamin. Jadi, telur boleh makan. Tiga biji sehari pun boleh makan. Jangan takut, jangan buang telur kuning.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan makin terbuka hembus asap vape, konon gaya hidup ‘cool’... Pakar bimbang ancaman kesihatan generasi muda

2. Beli produk tenusu jenis rendah lemak

Perkara nombor dua perangai mat salih suka buat, yang kita tak boleh ikut adalah beli makanan low fat (rendah lemak). Kononnya kalau tak makan lemak, kurang lemak dalam badan kita. Low fat adalah mitos. Scam syarikat-syarikat pemakanan. Kononnya sakit jantung tu disebabkan makan banyak lemak, lemak masuk dalam saluran darah. Jadi kalau nak beli yogurt, nak beli makanan-makanan tenusu, jangan cari yang low fat. Cari yang full cream biasa pun tak apa. Sebab, kalau mereka buang lemak, mereka terpaksa masukkan protein atau karbohidrat. Protein mahal, susah nak dapat, mereka akan tambah karbohidrat atau tambah gula je. Jadi bayar mahal, banyak karbohidrat, banyak gula. So low fat yogurt, no!

file62b654yau4m6rfzl7zc

Ramai yang suka mengisar buah untuk dijadikan sebagai minuman. -Gambar hiasan

3. Malas makan buah

Yang ketiga mat salih suka malas. Suka buat jus. Tak makan buah as a whole, tapi dia buat jus. Ada mat salih pula suka kisar sayur, kononnya sihat, buat smoothies. Kisar buah, kisar sayur, campur dengan susu, mereka minum. Itu perangai malas. Kita orang Malaysia guna gigi, guna mulut kita, kunyah makanan. Benda tu benda sihat.

4. Guna pencuci mulut

Yang nombor empat ni kontroversi sikit. Mat salih suka guna mouthwash, antiseptic yang boleh membunuh 99 peratus bakteria dalam mulut. Kononnya sihat nak bagi mulut tu bau wangi. Benda ni tak baik sebenarnya, tak elok bunuh semua bakteria dalam mulut kita. Sebab bakteria dalam mulut kita banyak fungsinya. Kontroversi sikit, aku nak dentist-dentist semua komen. Betul ke pakai mouthwash yang bersihkan 99 peratus bakteria dalam mulut kita bagus ke?

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia