suria

Doktor kongsi 5 jenis bau alat sulit wanita... Segera ke hospital kalau faraj hanyir, busuk macam bangkai

Wanita perlu mendapatkan rawatan jika faraj berbau hanyir dan menghasilkan cecair berwarna kuning kehijauan. -Gambar hiasan

TUBUH manusia mempunyai bau yang tersendiri, begitu juga dengan bau pada bahagian alat sulit.

Di TikTok, Dr. Raihana Ismail berkongsi lima jenis bau faraj yang perlu diberi perhatian oleh kaum Hawa.

Menurut Dr Raihana, wanita perlu segera mendapatkan rawatan sekiranya faraj mereka berbau hanyir seperti bangkai.

dr

Dr Raihana berkongsi tentang jenis-jenis bau faraj wanita menerusi TikTok.

Jelasnya, simptom yang disusuli perubahan cecair faraj itu mungkin menjadi indikasi kepada penyakit yang boleh menjejaskan kesuburan mereka.

Berikut lima jenis bau faraj yang wanita perlu ambil tahu:

1. Bau duit syiling

Yang pertama berbau seperti duit syiling atau bau copper. Biasanya ketika wanita tengah haid. Darah yang keluar bau macam duit syiling.

ARTIKEL BERKAITAN: Usah murung payudara kendur sebab menyusu, buah dada boleh kembali mantap hanya dengan satu bahan

2. Bau peluntur

Yang kedua bau seperti peluntur kalau dia lepas bersama dengan suami. Maksudnya ada lebihan air (suami) di dalam dan campur dengan airnya sendiri. Jadi baunya seperti peluntur sedikit.

file77xtdomoxlu1hku2w72w

Penyakit kelamin boleh mengganggu kesuburan wanita. -Gambar hiasan

3. Bau yis masam

Yang ketiga, ketika wanita tengah subur, Miss V seperti bau masam sedikit, macam yogurt asli. Bahagian Miss V ada mikroorganisma yang dipanggil mikroflora. Mikroflora menyebabkan pH Miss V dalam keadaan berasid. Jadi baunya sedikit masam ketika wanita sedang subur di tengah bulan. Tapi ia tidak begitu masam, biasa-biasa saja. Bergantung kepada pemakanan. Kalau makan buah-buahan beri seperti strawberi, jadi baunya sedikit manis.

4. Bau seperti peluh ketiak

Yang keempat berbau tajam seperti bau peluh, bau ketiak berpeluh. Jika wanita itu over sweating, maksudnya dia over exercise, jadi badan berpeluh banyak. Jadi Miss V pun boleh berbau begitu.

5. Bau bangkai atau bau hanyir busuk

Yang kelima, tak normal kalau ada berbaur hanyir seperti ikan atau bau bangkai. Kalau bau ni berhari-hari, kena jumpa doktor segera. Kena tengok perubahan cecair faraj. Kalau cecair faraj berubah kepada kuning kehijauan, itu bermakna diserang jangkitan trichomoniasis. Maksudnya ada penyakit kelamin. Jadi kena check segera sebab ini akan ganggu kesuburan, dan menyebabkan sukar hamil pada masa akan datang dan ada risiko kedua tiub fallopio anda tersumbat.

Kalau bau hanyir disertai perubahan cecair faraj seperti kelabu, itu menandakan bakteria vaginosis. Jadi segera dapatkan antibiotik yang sepatutnya, jumpa doktor. Ambil saringan pap smear untuk ketahui jenis kuman dan rawat mengikut penyakit tersebut.

Yang kelima ni sangat bahaya, simptom ini tak boleh ada berhari-hari. Biasanya ia disusuli dengan simptom gatal juga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain