suria

Anak sulung perempuan ‘tersakiti’! Ini 7 bahaya keluarga toksik anda perlu tahu

Jangan pendam perasaan, sebaliknya luahkan kepada orang yang anda percaya. -Gambar hiasan

RAMAI yang membuat perkongsian di media sosial bagi meluahkan segala rasa yang terbuku dalam hati mereka.

Antara luahan yang mencuri tumpuan tentunya kisah anak sulung yang membesar dalam keadaan sedih apabila adik-beradik lain lebih mendapat perhatian daripada ibu bapa.

Lebih menyedihkan apabila dalam kalangan anak sulung, terutama perempuan mengalami masalah mental akibat terlalu lama memendam perasaan selepas dibesarkan dalam 'keluarga toksik'.

Di laman X, Public Health Malaysia turut berkongsi mengenai topik 'keluarga toksik' yang hangat diperkatakan di media sosial.

"Keluarga toksik merujuk pada lingkungan keluarga yang penuh dengan perilaku negatif, konflik, dan hubungan yang tidak sihat, seringkali memberi kesan buruk pada kesejahteraan anggotanya.

Masalah keluarga boleh memberi tekanan kepada anak-anak. -Gambar hiasan

"Perselisihan faham dalam kalangan ahli keluarga adalah satu perkara normal. Tetapi jika persekitaran toksik dalam keluarga berlaku secara berterusan. Ia akan menyebabkan beban kesihatan mental yang parah.

"Cari seseorang yang anda percayai untuk anda luahkan perasaan dan dapatkan bantuan jika anda memerlukan sokongan," ciap pengendali media sosial Public Health Malaysia.

Berikut merupakan tujuh tanda keluarga toksik yang perlu anda tahu:

1. Memanipulasi anda untuk buat anda rasa bersalah.

2. Penderaan fizikal, mental dan emosi.

3. Selalu memberi kritikan sehingga rasa rendah diri.

4. Mereka merendahkan atau memalukan anda.

5. Kerap membuat perbandingan.

6. Enggan bertanggungjawab dengan kesilapan sendiri.

7. Menyebabkan bebanan ekonomi dan kewangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain