suria

Bagi ubat tak ‘jalan’, mak ayah boleh cuba selawat Syifa ikhtiar anak-anak batuk - “Baca, tiup, gosok... ulang”

Kesihatan anak-anak adalah keutamaan ibu bapa. -Gambar hiasan

BATUK, demam dan selsema merupakan satu kelaziman biasa dalam kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Namun kadangkala, ibu bapa pening kepala mencari alternatif untuk mengubati anak mereka yang sakit berpanjangan.

Selain mendapatkan ubat-ubatan moden, ibu bapa juga boleh mencuba selawat Syifa sebagai alternatif dalam mencari kesembuhan untuk anak-anak.

Allahumma sholli 'ala Sayyidina Muhammadin thibbil qulubi wa dawa-iha wa 'afiyatil abdani wa syifa-iha wa nuril abshori wa dhiya-iha wa'ala alihi wa shohbihi wa sallim.

Maksudnya: "Ya Allah curahkanlah rahmat kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW, sebagai ubat hati dan penyembuhnya, penyihat badan dan kesembuhannya dan sebagai penyinar penglihatan mata beserta cahayanya.

Semoga selawat dan salam tercurahkan pula kepada keluarga serta para sahabat-sahabatnya."

Menurut motivator dan penulis, Afiq Syazwan, anaknya sembuh daripada batuk berpanjangan selepas dia mengamalkan bacaan selawat berkenaan.

aa

Motivator ini berkongsi tentang selawat berkenaan menerusi laman TikTok.

"Saya nak kongsi satu amalan selawat yang saya baca ketika anak saya batuk terlalu kuat. Selepas diberi ubat, batuk tak hilang. Dia tidur tapi dia batuk. Batuk kuat dan kerap macam sesak nafas.

"Saya buntu, teringat selawat Syifa. Saya ambil tapak tangan, letak kat dada anak, ketika dia batuk, saya baca. Habis sekali selawat, saya tiup dekat dada dia. Sambil saya gosok dada dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramuan atasi anak selsema, batuk berkahak... Ibu-ibu boleh cuba buat sendiri di rumah

"Saya kira banyak kali saya ulang, lebih 50 kali. Waktu tu pukul dua pagi, saya tak boleh tidur sebab anak batuk. Baca, tiup, gosok, ulang. Akhirnya dia dapat tidur selepas setengah jam, Alhamdulillah selepas itu dah tak ada batuk," ceritanya.

Dalam video di TikTok, penulis itu berharap apa yang dikongsikannya dapat disebarkan kepada golongan ibu bapa agar ia dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukannya.

Di ruangan komen, beberapa netizen turut berkongsi cerita tentang keberkesanan selawat itu yang mampu menyembuhkan batuk anak mereka.

"Betul, pernah buat. Yakinlah dengan nama Allah. Allah yang beri sakit, Allah juga yang menyembuhkan.

"Dah cuba, Alhamdulillah berkesan. Bersama niat agar penyakit diangkat.

"Ini betul tuan. Saya batuk sampai tak dapat tidur. Saya selawat sampai tertidur.. Memang hilang sakit tekak dan batuk," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain