suria

Macam magis! Rupanya ada cara nak segarkan kembali sayur layu... Lega suri rumah ini tak lokek kongsi ilmu

Arya Cahaya berkongsi cara menyegarkan sayur menggunakan kaedah osmosis.

KADANGKALA sayur yang dibeli tidak sempat untuk dimasak sehingga ia terbiar layu di dalam peti sejuk.

Malah, ada segelintir individu akan membuang sayur yang layu kerana beranggapan ia tidak segar untuk dijadikan hidangan.

Seorang TikToker wanita dikenali sebagai Arya Cahaya Oktavia berkongsi kaedah mudah untuk menyegarkan kembali sayur yang layu menggunakan kaedah osmosis.

"Sekarang saya mahu buktikan, pakai sayur bayam dan kangkung. Saya beli pagi dan menjelang petang, ia sudah layu. Jadi saya letak sayur dalam bekas, isi air.

sayur2

Sayur yang layu perlu dicuci dengan air.

"Kemudian masukkan ke dalam peti selama 30 minit. Jadi kita biarkan saja. Selepas 30 minit saya buka peti. Sayur bayam dan kangkung kembali segar lagi.

"Ini memang ilmu kimia yang disebut sebagai osmosis iaitu proses perpindahan molekul air dari pelarut berkepekatan rendah (air) ke larutan yang berkepekatan tinggi iaitu sayur kangkung dan bayam," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna 6 helah mudah masak sayur! Anda tak bosan, anak pun suka

Selepas sayur kembali segar, keringkan ia dan masukkan ke dalam plastik airtight sealed atau ziplock sebelum disimpan di dalam peti.

Video yang dikongsi Arya turut meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok.

sayur3

Sayur kembali segar selepas disimpan di dalam peti.

Bagi sayur jenis buah seperti cili dan tomato, ia juga perlu dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalam peti.

Sayur jenis ini mudah rosak jika disimpan dalam keadaan lembap.

Untuk tahan lebih lama, buang tangkai atau putik pada hujung sayuran kerana ia biasanya lebih cepat rosak jika tangkainya masih ada.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain