suria

Kaki vape alami cirit-birit, nafas pendek? Ini tandanya penyakit Evali mula menyerang, kenali 9 simptom sebelum terlambat

Mereka yang menghisap vape berdepan risiko penyakit Evali. -Gambar hiasan

PENGGUNAAN rokok elektronik atau vape merupakan satu situasi biasa yang boleh kita saksikan setiap hari di negara ini.

Tidak kira lelaki atau perempuan, golongan 'tidak sayang nyawa' selamba menghembus asap vape meskipun mereka tahu kesan perbuatan berkenaan kepada kesihatan diri.

Di laman X, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memberi amaran kepada orang ramai tentang penyakit E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (Evali).

"Dakwaan yang menyatakan penggunaan rokok elektronik atau vape tidak memudaratkan kesihatan adalah tidak benar.

"Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi jangka masa panjang boleh mengakibatkan perokok menghidap penyakit Evali yang menunjukkan beberapa gejala seterusnya mengakibatkan komplikasi serius.

"Oleh itu, orang ramai perlu mengambil inisiatif menghentikan tabiat menghisap rokok elektronik atau vape agar dapat mencegah Evali dan dapat bernafas dengan lebih baik hingga ke akhir hayat," ciap KKM.

vv

Menghisap vape boleh membahayakan kesihatan. -Gambar hiasan

Berikut merupakan sembilan gejala yang dihidapi oleh pesakit Evali:

1. Nafas pendek

2. Batuk

3. Mual dan muntah

4. Demam

5. Cirit birit

6. Sakit dada

7. Berat badan menurun

8. Degupan jantung laju

9. Sakit abdomen

Antara komplikasi Evali yang serius:

1. Acute respiratory distress syndrome (Sindrom sukar bernafas akut)

2. Kegagalan pernafasan

3. Memerlukan bantuan oksigen berterusan

4. Kematian

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain