suria

Jangan seronok sangat keluar ketika jerebu, elak minum kopi antara 5 fakta kekal sihat

Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk kekal sihat ketika jerebu. -Gambar hiasan

SITUASI jerebu yang melanda negara tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia boleh memberi kesan terhadap kesihatan kita.

Malah, sekolah, tadika dan taska di Malaysia turut diarahkan tutup serta-merta sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Berikut kami kongsikan beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan baik semasa jerebu.

1. Elakkan jerebu

Sebelum keluar rumah, pastikan anda menutup semua pintu, tingkap dan tempat pengudaraan. Ini dapat membantu untuk meminimumkan zarah asap yang terkumpul di rumah anda.

file7hntb0yupo9d6ijncto

Pastikan tubuh mendapat air secukupnya. -Gambar hiasan

2. Gunakan alat penapis udara

Jika berkemampuan, anda boleh memasang alat penapis udara (air purifiers) di rumah. Ini kerana zarah jerebu boleh meresap ke dalam rumah anda walaupun pintu dan tingkap ditutup. Jika tidak mempunyai penapis udara, cuba letakkan air mendidih dalam pinggan yang dalam dan biarkan bilik dipenuhi dengan wapnya. Ia akan membersihkan udara dan membantu anda bernafas dengan mudah.

3. Minum air secukupnya

Kunci untuk melawan jerebu adalah memastikan badan mempunyai air secukupnya. Toksin yang terdapat dalam jerebu diserap oleh paru-paru dan kulit anda. Ini memaksa buah pinggang anda bekerja lebih keras. Oleh itu, anda dinasihatkan sentiasa minum air supaya buah pinggang dapat mengeluarkan toksin dengan lancar.

file7s7ir8f1r901mzuvaaaj

Elakkan aktiviti luar sekiranya tiada keperluan ketika jerebu. -Gambar hiasan

4. Jauhi alkohol dan kopi

Dinasihatkan untuk menjauhi kopi dan alkohol sebanyak mungkin semasa tempoh jerebu. Mengambil terlalu banyak minuman berkafein atau beralkohol mengakibatkan buah pinggang anda lebih tertekan, yang boleh mencetuskan komplikasi kesihatan lain.

5. Gunakan topeng muka N95

Pakai topeng muka N95 setiap kali anda keluar rumah. Jangan lupa basuh tangan, kaki dan muka anda sebaik sahaja anda masuk ke rumah. Mana-mana bahagian badan yang tidak ditutup perlu dicuci dengan segera bagi mengelakkan toksin mendap pada kulit. Sebaik sahaja anda tiba di rumah, mandi segera untuk menghilangkan semua sisa toksin. - Happy Water.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain