suria

Lega dah tak perlu telan ubat, gosok minyak... Encik suami boleh cuba resipi jus tenaga padu!

Petua ubat kuat itu dikatakan boleh meningkatkan hormon testosteron lelaki.

SEORANG pemuda meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi cara membuat ubat kuat lelaki secara do it yourself (DIY) menerusi TikTok.

Menurut Zam King, ubat kuat semula jadi itu menggunakan empat bahan sahaja iaitu tembikai, nenas, halba dan halia.

"Cara mudah untuk meningkatkan tahap testosteron dalam badan atau kita panggil ubat kuat natural untuk lelaki.

"So lelaki tengok ni sampai habis, macam mana nak buat ubat kuat sendiri kat rumah, tak payah beli," ujarnya menerusi video yang meraih lebih setengah juta tontonan.

Cara penyediaan:

1. Tembikai perlu dipotong dua, pastikan biji tembikai tidak dibuang.

2. Ambil sedikit halia, potong kecil.

3. Kemudian potong sebiji nanas, buang bahagian atas, bawah dan bahagian sekeliling. Hanya bahagian tengah diperlukan.

4. Masukkan semua bahan di dalam pengisar.

ubat4

Nanas dan tembikai merupakan bahan utama dalam penyediaan ubat kuat itu.

5. Masukkan sesudu halba ke dalam pengisar bersama bahan tadi.

6. Kisar sehingga hancur.

7. Siap untuk dihidang. Jangan campur air, tapi boleh diminum bersama ais.

ARTIKEL BERKAITAN: Zakar gagal ereksi, kepala jadi botak mungkin tanda hormon testosteron anda rendah... ini 7 petandanya!

Di akhir video, Zam berkata kaum lelaki boleh mengamalkan petua minuman itu hari-hari atau sebanyak tiga ke empat kali seminggu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai lelaki Melayu turut berkongsi petua-petua kesihatan seksual yang diamalkan mereka.

"Paling senang telur ayam kampung dua biji dengan kopi o. Tengok dia pergi macam mana, petua orang lama.

"Mak kawan aku bagi petua rebus daun inai, minum airnya sejam sebelum bersama untuk kuasa kuda luar biasa.

"Nak tambah power, perah limau nipis atau lemon," tulis netizen.

Bagi mereka yang tertanya-tanya, testosteron adalah salah satu hormon dihasilkan lelaki pada bahagian testis yang mempengaruhi penampilan dan perkembangan seksual mereka.

Hormon ini merangsang penghasilan sperma serta dorongan seksual seseorang lelaki selain memainkan peranan dalam menghasilkan otot dan tulang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain