suria

Ini rupanya pokok sacha inchi... Air rebusan boleh bantu kawal paras gula

Daun sacha inchi membantu dalam meningkatkan sensitiviti insulin.

BAGI yang tinggal di kawasan kampung, anda mungkin pernah melihat pokok yang unik seperti seni origami ini.

Kelihatan seperti bintang yang menggelembung, pokok sacha inchi ini dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan manusia.

Di Facebook, seorang individu dikenali sebagai Ashikin turut berkongsi tentang kebaikan daun sacha inchi yang dikatakan mampu mengawal paras gula dalam darah.

"Ada lagi ke yang tak pernah tengok pokok ni? saya panggil pokok insulin. Saya share sikit petua untuk kencing manis.

"Amalkan air rebusan daun sacha inchi dijadikan teh, minum sehari sekali. Insya-Allah bacaan gula akan turun. Kalau ada kolestrol, masalah sembelit pun bagus amalkan," ujarnya.

d2

Daun sacha inchi boleh direbus untuk dijadikan sebagai minuman.

Menurut Asyikin, dia turut menjual benih pokok sacha inchi serta daunnya yang telah dikeringkan.

"Jika ada yang mencari benih pokok ni, saya ada kalau nak. Benih pokok sacha inchi, benih berkualiti, benih cantik, benih daripada pokok yang sudah matang lebih dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan lalai! Kandungan gula dalam darah anda tinggi atau rendah? Ketahui simptom dan kesan pada tubuh

"Insya-Allah dua minggu dah mula bercambah. Nak benih pokok dan daun yang dah siap dikeringkan, WhatsApp saya," ujarnya menerusi posting di Facebook.

Menurut laman sesawang Root of Science, daun sacha inchi membantu dalam meningkatkan sensitiviti insulin.

Secara spesifik, daun sacha inchi menjadikan insulin lebih sensitif setelah pengambilan makanan yang tinggi dengan lemak tepu.

Ini bermaksud daun sacha inchi membantu dalam proses pencernaan makanan dan menyerap lebih banyak nutrisi selepas makan.

Dengan mekanisme ini, paras gula dalam darah dapat dikawal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain