MENJADI lumrah buat wanita mengandung, tubuh mereka akan mengalami perubahan sepanjang tempoh kehamilan. Malah, perubahan lebih ketara dapat dilihat terutamanya pada bahagian payudara selepas mereka mula menyusukan anak. Di aplikasi TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Kak Nik berkongsi petua mudah untuk kaum ibu merawat masalah payudara kendur yang dialami selepas bersalin. Menariknya petua Kak Nik, ia hanya menggunakan satu bahan sahaja iaitu manjakani. Manjakani digunakan secara meluas di negara ini, khususnya untuk rawatan berkaitan kesihatan wanita. Cara penyediaan: 1. Didihkan air dalam periuk. 2. Masukkan manjakani dalam lima ke 10 biji 3. Rebus manjakani sehingga ia betul-betul lembut. 4. Angkat manjakani yang direbus tadi, picit dan sapukan ia pada bahagian dada. 5. Menyapu manjakani dikatakan dapat membantu wanita mendapatkan keanjalan payudara selepas menyusu anak. 6. Antara khasiat lain, sapuan manjakani dikatakan boleh 'menaikkan' semula isi buah dada. 7. Untuk kesan yang lebih cepat, buat teknik urutan pada buah dada sambil disapu dengan manjakani. 8. Air rebusan tadi boleh diminum segelas sehari. Bagi yang mahu mencuba petua ini, anda boleh membeli manjakani di kedai-kedai jamu atau mendapatkannya secara pembelian dalam talian. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube