suria

Ibu lega anak jarang demam, batuk sejak amal petua air kelapa... Perkongsian datuk saudara sangat bermanfaat

Petua ini dikatakan boleh membantu mengatasi masalah demam dan batuk dalam kalangan kanak-kanak.

CUACA berjerebu yang melanda negara ketika ini boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan.

Turut terkesan tentunya golongan kanak-kanak yang mula mengalami batuk, demam dan selesema ekoran kenaikan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Amalina tampil berkongsi petua menggunakan air kelapa untuk mengubati anaknya setiap kali si cilik itu mengalami demam dan batuk.

"Alhamdulillah sejak amalkan petua ini, Ammar (anak) dah jarang sangat makan ubat demam, susah nak demam. Kesan mungkin berbeza atas setiap anak.

"Memang jarang pergi klinik kalau dia demam. Cari air nyiur dulu daripada ubat demam. Melainkan sakit-sakit lain seperti telinga dan gigi, baru pergi klinik.

"Setiap ciptaan Allah mesti ada khasiat. Ammar pernah kena Covid-19. Dan dia paling cepat sembuh, tak sampai tiga hari. Petua ni atuk saudara belah ayah dia yang kongsi," ujar Amalina.

file7jtelbp28n7s9vv33kj

Jaga kesihatan anak-anak anda ketika musim jerebu. -Gambar hiasan

Bahan-bahan:

1. Sebiji kelapa

2. Limau nipis/limau kasturi

3. Garam

Cara penyediaan

1. Potong atau tebuk kelapa pada bahagian atas.

2. Boleh perah tiga biji limau ke dalam air kelapa itu.

3. Masukkan dua ke tiga cubit garam.

4. Ambil sudu dan korek isi kelapa untuk diminum bersama jusnya.

5. Gaul sebati bahan campuran itu dan ia sedia untuk diberi kepada anak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain