suria

Sedih dihina cengkung, kurus macam lidi... Ketahui 5 cara tambah berat badan, jangan main ‘sumbat’ makanan je!

Individu yang berbadan kurus turut menjadi mangsa body shaming. -Gambar hiasan Dreamstime TNS

SEPERTI mereka yang bertubuh gempal, individu berbadan kurus juga tidak terlepas menjadi mangsa body shaming.

Malah, mereka turut dilabel dengan pelbagai gelaran yang bersifat penghinaan seperti lidi, cicak dan macam-macam lagi.

Berikut kami kongsikan lima cara yang boleh dilakukan untuk menambah saiz badan secara sihat.

1. Makan secara berkala

Secara perlahan, ganti pola makan tiga kali sehari menjadi lima kali sehari tetapi dalam portion yang kecil.

file7cs2fnyj69sk3tjucmz

Senaman merupakan rutin wajib bagi mereka yang mahu mendapatkan bentuk tubuh idaman. -Gambar hiasan 123rf.com

Selain itu, perhatikan juga signal tubuh apabila anda lapar. Anda juga perlu merancang waktu untuk makan walaupun tidak terlalu lapar.

Dengan cara ini, tubuh dapat menyerap kalori dengan lebih banyak.

2. Pilih sayur dan buah yang tepat

Walaupun prinsip menambah berat badan perlu menambah pengambilan kalori, tetapi sebaiknya pilihlah jenis yang sihat seperti sayur dan buah.

Anda boleh mengambil sayur dan buah yang tinggi kalori seperti kurma, kismis, kacang soya atau pisang.

Jika perlu, berunding dengan pakar pemakanan untuk mengetahui pengambilan kalori yang sesuai dengan tubuh anda.

3. Makanan padat tenaga

Mengambil makanan yang padat tenaga boleh membuat perut tidak terlalu kenyang tetapi kalori masih mencukupi.

file7s9o3c1kbxwnnsha7ay

Makan makanan sihat agar tubuh mendapat nutrisi secukupnya. -Gambar hiasan The Star.

Jenis makanannya juga perlu dipilih yang sihat, seperti avokado, kekacang, minyak zaitun atau susu.

4. Tingkatkan pengambilan karbohidrat

Karbohidrat kompleks yang sihat dapat meningkatkan pengambilan kalori, sekali gus memberikan nutrisi yang bermanfaat.

Contohnya nasi beras merah, quinoa, roti gandum penuh, kentang, atau pasta gandum penuh.

Beberapa bahan di atas termasuk sumber protein dan mineral yang kaya potasium dan magnesium.

5. Senaman angkat berat

Senaman terutamanya latihan bebanan boleh membantu anda menambah berat badan dengan membina otot.

Senaman juga boleh merangsang selera makan.

Cuba lakukan rutin senaman angkat berat tiga hingga empat hari seminggu untuk hasil yang optimum. - Kompas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia