suria

Nak kulit cantik kena makan buah kedondong, ambil sebelum sarapan... Banyak khasiat untuk kesihatan

Buah kedondong bagus untuk kesihatan jantung, mata dan kulit. -Gambar hiasan

BUAH kedondong merupakan buah tropika yang mempunyai rasa masam dan sedikit manis.

Buah ini berbentuk bujur, hijau kekuningan dan biasa ditemui di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, India, Thailand, Jamaica dan Barbados.

Dikenali dengan nama saintifik Spondias dulcis, ia mengandungi banyak khasiat kesihatan yang masih tidak diketahui ramai.

Ambil tahu manfaat buah kedondong untuk kesihatan manusia:

1. Baik untuk jantung

Kandungan antioksidan glikosida jantung dalam buah ini dapat mencegah hipertensi atau hipotensi. Pengaliran darah terjaga dengan lancar, tiada penyumbatan kolesterol jahat (Low Density Lipoprotein). Ini menjadikan buah kedondong berguna untuk mencegah penyakit jantung.

2. Meningkatkan sistem imunisasi

Buah kedondong mengandungi vitamin C dan zat besi, menjadikannya berguna untuk meningkatkan sistem imun badan anda. Vitamin C juga meningkatkan penyerapan zat besi dalam aliran darah.

Ini penting untuk sintesis sel darah merah yang sihat serta mencegah anemia. Anemia bermaksud hemoglobin yang tidak mencukupi.

k2

Buah kedondong tumbuh dengan subur dalam iklim Malaysia. -Gambar hiasan

3. Membantu masalah pencernaan

Buah kedondong juga berguna untuk melancarkan pencernaan dan melegakan gejala gangguan seperti perut kembung. Manfaat ini diperolehi melalui antioksidan seperti flavonoid, terpenoid dan tanin yang terkandung di dalamnya.

Anda disarankan makan buah kedondong sebelum mengambil makanan berat pada waktu pagi atau petang.

Ia bagi membantu mengaktifkan jus gastrik dan memudahkan asimilasi makanan.

4. Bagus untuk mata

Buah kedondong mengandungi vitamin A, jadi ia juga mempunyai manfaat untuk kesihatan penglihatan. Pengambilan buah kedondong dengan kerap boleh membantu meningkatkan kesihatan penglihatan kanak-kanak dan orang dewasa.

Selain itu, pengambilan kedondong masak secara kerap dapat mengurangkan risiko Degenerasi Makula Berkaitan Umur (AMD).

Degenerasi makula adalah perubahan tidak sihat pada bahagian saraf (retina) dalam mata tanpa penyebab yang nyata yang boleh menyebabkan gangguan pandangan kekal.

5. Melawan infeksi kulit

Buah ini kaya dengan agen antimikrob yang menjadikannya berguna untuk merawat keadaan kulit biasa, seperti kekeringan, psoriasis, rosacea, dan luka lain.

Antioksidan dalam buah kedondong boleh merangsang sintesis kolagen, seterusnya melambatkan penuaan, mengurangkan kedutan dan garis halus. - Kompas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain