suria

Pemuda kongsi 13 tip elak rumah dipecah masuk, ‘point’ nombor 12 paling penting tapi ramai tak buat

Kejadian pecah masuk rumah sering berlaku di seluruh negara. -Gambar hiasan

KEJADIAN pecah masuk rumah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja terutamanya jika peluang 'dibuka luas' kepada penjenayah.

Apa yang lebih menakutkan, perompak bukan sahaja akan mengambil barangan berharga, malah mereka juga boleh bertindak mencederakan penghuni kediaman itu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, berikut merupakan 13 tip mudah yang dikongsi oleh Zam Hartanah untuk memastikan keselamatan kediaman anda.

1. Pastikan semua laluan akses seperti tingkap di pasang jeriji. Persiapkan lapisan perlindungan pertama.

2. Pasang kunci tambahan bagi setiap pintu, supaya perompak mengambil masa untuk pecah masuk.

rumah3

Jika berkemampuan, pasang CCTV untuk pemantauan keselamatan kediaman anda. -Gambar hiasan

3. Boleh beli sensor anti-thief jenis bunyi siren di kedai, harganya murah. Boleh pasang dekat setiap pintu atau tingkap yang boleh dibuka. Ia bertujuan untuk mewujudkan situasi panik kepada perompak yang mahu memecah masuk dan menyedarkan kita yang sedang tidur lena.

4. Pasanglah kamera litar tertutup (CCTV) kalau ada bajet lebih. CCTV teknologi sekarang sudah dilengkapi dengan motion sensor bertujuan mengesan pergerakan pada waktu yang kita tetapkan contohnya pukul 12 malam sehingga 6 pagi. Bila ada pergerakan, akan ada signal atau bunyi.

5. Buka lampu bahagian luar seperti depan pintu dan bahagian belakang pintu.

6. Pastikan pagar rumah ditutup dan berkunci. Semuanya bertujuan untuk menyusahkan dan melambatkan perompak.

7. Bagi rumah yang bercermin, letakkan tinted supaya perompak tak nampak bahagian dalam rumah.

8. Sila kunci pintu bilik tidur masing-masing.

rumah2

Keadaan rumah yang bersepah akibat digeledah perompak. -Gambar hiasan

9. Simpan peralatan atau senjata seperti kayu golf, hoki, dan lain-lain sebagai alat mempertahankan diri.

10. Bila terdengar bunyi mencurigakan atau bunyi siren terus hubungi 999. Dapatkan bantuan polis atau guard bagi kawasan gated area.

11. Boleh juga pasang lampu limpah LED jenis motion sensor pintu depan dan belakang pagar. Ia berfungsi pada waktu malam, bila ada pergerakan lampu limpah LED Ini akan suluh secara mengejut dan terang ke arah perompak. Secara tak langsung mereka terkejut dan akan lari.

12. Bertegur sapa dengan jiran, supaya kita dan jiran-jiran pun ambil tahu antara satu sama lain.

13. Bahagian siling jangan lupa dipasang jeriji juga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain