suria

Ada duit sendiri tapi hidup sunyi... Terapi perkahwinan dedah 7 punca wanita berlaku curang

Kesunyian dan kurang mendapat perhatian boleh menjadi punca kecurangan seorang wanita. -Gambar hiasan

RAMAI yang beranggapan golongan lelaki lebih cenderung untuk curang kepada pasangan mereka.

Namun, kajian The Kinsey Institute di Indiana University mendapati tidak ada perbezaan signifikan antara jumlah lelaki dan wanita yang dilaporkan curang.

Mengapa wanita curang?

Sesetengah orang berpendapat peningkatan kes curang adalah berkaitan dengan pertambahan tanggungjawab, keperluan dan impian wanita moden.

Pandangan feminis dan kebebasan kewangan bermakna wanita cenderung enggan mengorbankan keinginan mereka.

file7i2pnutqwlh18fcf068d

Kecurangan juga boleh berlaku di tempat kerja. -Gambar hiasan The Star

Menurut ahli terapi perkahwinan Angela Skurtu, perubahan ini berlaku apabila wanita menjadi lebih aktif di tempat kerja, berpendapatan sendiri, dan mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan.

Dengan begitu banyak pilihan, lebih mudah untuk mereka berasa tidak puas hati.

Tujuh sebab kecurangan wanita

1. Tak puas dalam hubungan: Menurut Angela, Ketidakpuasan hati sering menjadi titik permulaan kecurangan.

2. Kurang keyakinan diri: Seorang wanita yang curang mungkin bergantung pada hubungan terlarang untuk memberikan bukti bahawa mereka berharga atau diinginkan. Akibatnya, mereka terus mencari kebahagiaan romantis yang baharu dengan berlaku curang.

ARTIKEL BERKAITAN: September bulan paling ‘meriah’ kes curang, zina berleluasa sehingga digelar ‘seks-tember’ - Kajian

3. Kelaparan emosi: Walaupun kajian menunjukkan lelaki yang curang secara amnya bermotivasi untuk seks, wanita yang curang pula cenderung merasakan keperluan untuk perhatian emosi.

4. Kemarahan atau dendam: Sesetengah wanita menjalinkan hubungan dengan imej yang ideal tentang bagaimana pasangan mereka harus berkelakuan.

Apabila pasangan mereka tidak memenuhi jangkaan dan tidak dapat melengkapkan setiap keperluan dan keinginan, ini boleh mewujudkan jurang yang memberi galakan untuk berlaku curang.

file6vr1rob656u14k8649lo

Kejujuran merupakan kunci utama kebahagiaan pasangan bercinta. -Gambar hiasan The Star

5. Kesunyian: Seorang wanita yang curang mungkin mempunyai pasangan yang sibuk bekerja sepanjang hari, meninggalkannya bersendirian di rumah dengan anak-anak.

Mungkin mereka sedang melalui fasa kehidupan yang menyukarkan hubungan sosial, atau mungkin pasangan mereka sedang bertarung dengan penyakit kronik.

6. Ada peluang: Tindakan curang lebih kerap berlaku tanpa diduga kerana peluang yang muncul tiba-tiba. Orang dalam situasi seperti ini selalunya tidak dapat menjelaskan sebab di sebalik kecurangan mereka.

Kemungkinan yang sama juga timbul dalam dunia digital. Media sosial mengubah cara kita berhubung yang kadangkala boleh membawa kepada kecurangan, walaupun interaksi bermula tanpa niat jahat.

7. Mahu lupakan realiti: Apabila seseorang menghadapi emosi yang sukar, kadangkala mereka memilih jalan pintas dengan menggunakan strategi yang boleh mematikan emosi.

Contohnya, dengan terlibat dalam tingkah laku ketagihan seperti seks, dadah haram atau alkohol. Ini adalah percubaan untuk melarikan diri daripada realiti yang sukar. - Kompas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain