suria

Topik ‘sindrom nasi goreng’ tiba-tiba viral di TikTok... Rupanya keracunan makanan yang boleh bawa maut!

Dr Nazreen menjelaskan mengenai sindrom nasi goreng menerusi laman TikTok.

KECOH di media sosial mengenai sindrom nasi goreng iaitu keracunan akibat memakan makanan seperti nasi goreng atau pasta yang sudah rosak atau basi.

Perkara itu mengundang pengamal perubatan, Dr Nazreen untuk berkongsi info lanjut mengenainya menerusi satu hantaran di TikTok.

Katanya sindrom berkenaan boleh berlaku apabila kita menyimpan lebihan makanan dengan alasan bagi mengelakkan pembaziran.

young asian woman with stomach pain

Sakit perut boleh terjadi sekiranya terkena keracunan makanan.

Menurut Dr Nazreen, sindrom ini boleh menyebabkan kematian dan pernah direkodkan terjadi kepada seorang pelajar berusia 20 tahun di Belgium pada 2008.

Pelajar lelaki tersebut dikatakan mati secara mengejut selepas makan pasta bersama sos tomato yang ditinggalkan atas para dapur setelah dimasak lima hari sebelumnya.

Dalam penjelasan Dr Nazreen, sindrom ini merujuk kepada kuman bacillius cereus yang kerap mengkoloni nasi goreng atau makanan yang ditinggalkan semalaman.

Terdapat beberapa simptom yang boleh dikesan sekiranya anda mengalami keracunan makanan ini seperti loya, muntah-muntah dan cirit-birit.

Dorsett Grand Subang's Mother's Day Special promotion.

Kuman bacillius cereus boleh mencemari nasi goreng yang terdedah.

Apabila masalah ini menjadi lebih teruk dan serius, ia boleh menyebabkan kegagalan hati sekali gus menyebabkan kematian.

Bagi mengelakkan daripada perkara ini berlaku, pastikan anda cuci bersih tangan dan elakkan daripada menyimpan makanan lebih daripada dua hari.

Selain itu juga, makanan yang tidak dihabiskan perlu disimpan di dalam peti sejuk dan cuba habiskan selepas dua jam ia dipanaskan semula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain