KESIHATAN merupakan satu nikmat yang jauh lebih berharga daripada harta benda. Namun anugerah yang besar ini sering dipandang ringan oleh ramai orang. Kesibukan bekerja ada kalanya membuatkan kita terlupa untuk membuat semakan kesihatan. Biasanya, manusia hanya mula menyedari betapa berharganya kesihatan apabila sudah jatuh sakit. Sakit di bahagian dada yang kerap boleh menjadi tanda nyawa anda dalam risiko bahaya. Justeru ambil tahu lima tanda-tanda atau simptom menunjukkan nyawa anda dalam bahaya. Perkara itu dikongsikan pakar kesihatan dan kecantikan, Dr Preeyaa menerusi akaun TikTok miliknya. 1. Kesakitan di dada yang tidak pernah dialami sebelum ini terutama di bahagian kiri. 2. Rasa penat dan sakit dada secara tiba-tiba dan kesakitan dialami berlarutan. 3. Berpeluh walaupun dalam suasana atau keadaan sejuk. 4. Badan terlalu letih dan tidak bermaya yang tidak normal. 5. Bacaan atas tekanan darah melebihi 180 (tahap normal). Kita dinasihatkan kerap lakukan pemeriksaan kesihatan sendiri di rumah. -Gambar hiasan Menurut Dr Preeyaa, sekiranya mengalami situasi di atas, anda dinasihatkan agar berjumpa doktor dengan segera. Adalah lebih baik sekiranya perkara tidak diingini dicegah lebih awal sebelum memudaratkan kesihatan. Tidak dinafikan, penyakit datang secara tiba-tiba dan di luar kawalan kita. Namun, kegagalan mengamalkan gaya hidup sihat dan corak pemakanan yang betul boleh menjadi punca segala penyakit terhasil. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube